Tidak susah sebenarnya untuk mendapatkan berat badan ideal. Apa yang penting adalah disiplin yang tinggi. Perkongsian di laman facebook oleh Cik Puan Mazs Shaari yang memberitahu caranya hilang 28 kg daripada berat asal 85 kg dalam masa enam bulan. Dia hanya mengamalkan diet suku-suku separuh yang mana mengurangkan garam, minyak dan juga gula.
Menurutnya jika diamalkan dengan betul, memang boleh turun 5kg dalam masa sebulan. Sebelum ini menurutnya dia pernah cuba dit kurangkan carbo tetapi tidak begitu sesuai kerana ketika itu masih menyusu badan.
Setelah dilakukan diet ini, dia berjaya dan sangat enjoy melalui pengalaman ini. Dia berjaya lenyapkan 28 kg dalam masa tidak sampai setahun. Paling penting katanya tidak perlu rasa stress dan cuba pelbagaikan menu supaya tidak mudah rasa bosan dan tidak rasa ditipu.
Menururnya juga tip paling utama adalah sabar dan percayalah dengan mengamalkan sikap sabar ini anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri. Malah dia sebenarnya tidak menyangka dirinya sudah kurus.
Dia turut berkongsi beberapa menu yang diamalkan sepanjang tempoh itu. Dan bagi yang berminat untuk menurunkan berat badan cara sihat dan selamat, boleh cuba ikut cara diamalkannya.
INI ANTARA MENU YANG DIAMALKAN:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sanggup Bayar Gaji Isteri Demi Punyai Lebih ‘Masa Bersama’ Nabil Dilabel Lelaki ‘Alpha’ Sebenar Oleh Netizen!
Isi Kandungan
ToggleCukup terkenal dengan lawaknya yang sempoi, Nabil Ahmad amat di gemari oleh rakyat Malaysia dan telah sinonim dengan gaya pengacaraannya yang bersahaja.
Baru-baru ini, perkongsian dari isteri pelawak tersebut, Zira Ayub telah mendapat perhatian ramai. Dia mendedahkan sebabnya berhenti dari kerjayanya atas satu syarat.
Kerjaya Terhenti Demi Kasih Sayang
Zira berkongsi kisah kerjayanya dalam satu temubual bersama Zarul Umbrella yang dimuatnaik pada akaun TikTok milik penyanyi tersebut. Dia juga mendedahkan pernah menjadi ‘flower pot’ bagi Air Asia pada seketika dahulu.
@zarulumbrellaofficialIkuti kisah menarik Zira yg merupakan wife kpd Nabil Ahmad semasa bertugas diawan biru bersama AirAsia♬ original sound – Zarul Umbrella
Zarul bertanyakan kepada Zira apa sebab utamanya untuk sertai kerjaya sebagai pramugari dan dia menjawab semuanya kerana duit ketika itu. Dia juga menjelaskan lagi ketika itu kerjaya itu juga menawarkan gaji yang agak lumayan.
“Ketika itu gaji yang ditawarkan agak lumayan! Saya pula dengar orang cerita dan tertanya betul ke boleh earn sampai RM7k?” katanya.
Zira juga menceritakan pengelamannya bekerja bersama syarikat penerbangan itu hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Katanya, Nabil ada bertanya jika Zira ‘fly‘ bagaimana mereka berdua hendak berjumpa, jadi selepas itu Zira berhenti atas sebab mahu berkahwin.
“Kalau nak saya berhenti awak kena bayar gaji saya, berapa pendapatan saya awak kena bayar. Dia setuju, sebulan, dua bulan dia bayar. Bulan ketiga dah tak bayar sebab dah kahwin.” ujarnya lagi apabila Nabil Ahmad bersetuju membayar gaji kepadanya.
Artikel berkaitan: “Cantiknya BIDADARI Nabil” – Netizen Puji Zira Di Majlis Kesyukuran & Doakan TERBUKA Hati Untuk BERHIJAB
“Ini Baru Lelaki Alpha!” – wargamaya
Tidak disangkal atas jawapan Zira sendiri, sudah tentu wargamaya tertarik dengan cara Nabil dan Zira berkomunikasi mengenai kerjaya. Ramai juga memberikan reaksi yang positif.
“Ini baru betul lelaki alpha, suruh awek berhenti dan bayar gaji. Terbaik Haji Nabil,
“Jujur sangat Zira ini, memang dia cantik!
“Macam kawan saya, dia cikgu. Pastu lepas dapat anak, husband suruh resign jaga anak. Husband dia bayar gaji bulanan siap EPF lagi lepas dia resign.” tulis wargamaya di ruangan komen.
Untuk rekod, Nabil telah berkahwin dengan Zira pada 30 September 2011. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.
Sumber: TikTok @zarulumbrellaofficial dan Instagram @NabilZira
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
COVID-19: MBO Cinema Susun Atur “Tempat Duduk Jarak Sosial” Untuk Penonton
Sejajar dengan wabak COVID-19 semasa, MBO Cinemas telah mengambil langkah tambahan dengan memperkenalkan “Tempat Duduk Jarak Sosial” di panggung wayang MBO. Susunan tempat duduk baru ini telah dilaksanakan sejak 14 Mac 2020.
Untuk mengurangkan kapasiti tempat duduk dan untuk menjaga jarak yang lebih selamat di kalangan pawagam, MBO Cinemas telah menambah jurang antara dua tempat duduk seperti yang ditunjukkan di atas. Ini bermakna jika anda menempah satu atau dua tempat duduk, tidak akan ada sesiapa yang duduk di sekeliling perimeter terdekat anda.
Susunan tempat duduk baru dicerminkan pada kedua-dua laman web dan aplikasi Android mereka, namun, mereka masih berusaha mengemas kini versi iOS mereka. Anda masih boleh menempah dua tempat duduk di aplikasi iOS tetapi anda tidak boleh menempah kerusi tunggal.
Di samping itu, pawagam juga mengambil langkah berjaga-jaga tambahan yang termasuk meletakkan hand sanitizer di tempat mereka dan ruang KECIL. Lap tisu antiseptik juga disediakan atas permintaan di titik permulaan atau anda boleh meminta salah satu dari poin pawagam mereka sebelum memasuki panggung. Penonton filem disyorkan untuk mengelap tangan atau tempat duduk mereka untuk langkah berhati-hati.
Keseluruhannya, ia adalah langkah yang baik dari MBO untuk mengurangkan penyebaran wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, jika anda menunjukkan tanda-tanda influenza, disyorkan agar anda menjauhkan diri dari ruang awam. Setakat semalam, terdapat 428 kes yang disahkan dan 190 kes baru dilaporkan semalam.
SUMBER: SOYA CINCAU
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Muslimah Mermaid’ Tampil Kelainan, Impian Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Jadi Kenyataan
Isi Kandungan
ToggleMereliasasikan impian menjadi kenyataan, hijabi ini menyarungkan kostum duyung versi muslimah tampil kelainan.
Selain berhijab, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di sebuah hospital swasta itu mengenakan pakaian renang berketebalan sesuai, tidak jarang dan ketat serta menutup keseluruhan badan, ketika melakukan aktiviti berenang dan menyelam.
“Saya mahu mengubah persepsi dan penerimaan masyarakat bahawa sesiapa sahaja boleh merealisasikan impian menjadi duyung dan menikmati keindahan dasar lautan,” katanya kepada Bernama.
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Gerai Tepi Jalan Dan Van ‘Usang’, Kini Kafe ‘Hipster’ Hasil Renovasi Dua Hijabi Cetus Inspirasi!
Kekalkan imej muslimah
Lincah beraksi, tidak ubah seperti watak puteri duyung Ariel dalam filem animasi ‘The Little Mermaid’. Nur Fathiyah Mahfuz melakukan pelbagai aksi di laut seperti melibaskan ekor sambil berenang di dalam laut. Namun, mengekalkan imej Muslimah penampilan ikan duyung berusia 37 tahun itu sedikit berbeza dengan Ariel.
Mula berenang dan menyelam dengan kostum ikan duyung sejak lebih dua tahun lepas, pemegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi Persekitaran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkongsi pengalamannya, beliau menjalani latihan dan kursus dikendalikan Pengajar Jurulatih Duyung PADI yang berpusat di Shah Alam, Selangor.
Nur Fathiyah difahamkan merupakan Jurulatih Duyung Melayu Muslimah dan berhijab pertama di rantau Asia Pasifik. Selain melakukan aktiviti menyelam pada kedalaman sekitar 10 meter di laut tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dan gogal, beliau juga pernah menyertai persembahan di Shore Oceanarium Melaka bertemakan ‘Save The Ocean’ November tahun lepas, bagi mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan laut.
Aktiviti mencabar yang menyeronokkan
Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau juga perlu menjalani kursus antaranya Tindak Balas Pertama Kecemasan (EFR) Penjagaan Utama dan Sekunder serta latihan kemahiran air seperti berenang sejauh 400 meter dan mengapungkan diri selama 10 minit, selain kemahiran di dalam air seperti cara pernafasan yang betul, ‘duck dive‘ dan ‘dolphin kick‘. Semuanya perlukan pengiktirafan.
“Kami juga perlu mendapat kelayakan dan pengiktirafan sebagai Duyung Lanjutan PADI dengan menjalani latihan menyelam memakai sut renang ikan duyung sekurang-kurangnya 15 sesi selaman termasuk tiga atau lebih selaman di dalam laut pada kedalaman 10 meter,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Graduan Kejuruteraan Terjun Ke Dalam Bidang Content Creator, Hijabi Ini Bina Kerjaya Jual Sambal Acar Tapi..
Perniagaan berkonsepkan ‘Muslimah Mermaid’
Mempunyai kemahiran berenang dengan pelbagai latihan hijabi ini kongsi menjadi duyung muslimah bukannya mudah. Menurutnya lagi melakukan aktiviti air dengan gaya ikan duyung amat mencabar, memandangkan berenang dengan kostum ikan duyung memerlukan kedua-dua kaki bercantum menjadi satu dalam monofin dan kostum ekor. Berkemungkinan mungkin berisiko mengalami kekejangan,.
“Aktiviti selaman di dalam laut mendedahkan ‘ikan duyung’ dengan cabaran seperti ketumpatan air, tekanan, suhu, jarak penglihatan dan arus bawah air. Risiko lemas juga ada,” katanya.
Walaubagaimanapun, Nur Fathiyah yang sering berkongsi pelbagai aktiviti air dengan memakai kostum ikan duyung di media sosial yakin dengan latihan kemahiran mencukupi, aktiviti menyelam dan berenang gaya ikan duyung akan menjadi satu aktiviti menyeronokkan.
Nur Fathiyah berhasrat membuka perniagaan berkonsepkan ‘Muslimah Mermaid’, bagi membolehkan lebih ramai Muslimah menyertai aktiviti itu, dengan menawarkan perkhidmatan antaranya solekan asas, fotografi di dasar laut serta jualan produk seperti pakaian renang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: BERNAMA & Facebook NurFathiyah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI