Pelakon jelita, Hannah Delisha semakin mendapat tumpuan ramai apabila tampil dengan imej berhijab sejak bulan September yang lalu.
Setelah hampir lima bulan, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini dilihat telah memadam lebih 800 keping fotonya yang tidak menutup aurat di laman instagram miliknya @hannahdelisha
.Sehingga ke hari ini, hanya tinggal 198 keping gambar sahaja di laman instagramnya yang mempunyai hampir tiga juta pengikut dimana kebanyakan gambar tidak berhijab telah pun dipadam termasuklah ketika menjadi penghias majalah dan juga ketika berada di acara karpet merah.
Oleh itu, ramai yang memuji tindakan aktres berdarah kelahiran Singapura ini dan berharap dia akan terus istiqomah dalam tindakannya.
Sebelum ini, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, memaklumkan bahawa karakter lakonannya sebagai Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi telah menguatkan lagi niatnya untuk tampil berhijab.