Penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu bukanlah semudah yang di sangka. Banyak rintangan perlu di tempuhi dalam mengekalkan iman dan taqwa kepada yang Maha Esa.
Pelakon Hannah Delisha tidak menafikan untuk kekal istiqamah itu amat sukar sekali. Meski pun sudah berhijab sejak 3 tahun lalu, dia masih melalui dugaan yang menggoda keimanannya.
Iman selepas berhijrah ada naik dan turun…
Menurut Harian Metro, Hannah Adlina Blackburne Birch atau lebih senang dikenali sebagai Hannah tidak mahu menghukum mana-mana selebriti yang membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Itulah lumrah manusia di mana iman mereka turun dan naik katanya.
“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik,
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya,
Ads
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas,
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan.” kata Hannah mengenai perkara ini.
Tidak faham komen “semoga istiqamah” sewaktu ketika dahulu…
Sumber dari Instagram @hannahdelisha
Seketika dahulu, dia juga pernah melihat komen “semoga istiqamah” pada hantaran selebriti yang mulai berhijrah. Pada awalnya dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan itu.
Ads
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu,
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah.” ujarnya lagi.
Ads
Pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi penghijrahannya bertudung pada September 2020. Dia membuat satu rakaman video yang telah dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
Tular wanita warga asing bakar kulit muka demi menegangkan dan melicinkan kulit di wajah, Regina Sganzeria 67 tahun menjalani kaedah invasif untuk menghapuskan kesan penuaan.
Merealisasikan impian melihat wajahnya muda, wanita ini sanggup merisikokan diri dengan rawatan pengelupasan kulit fenol. Walaubagaimanapun adakah ianya berbahaya dan terjamin berkesan untuk semua orang.
Adakah anda sedang mencari rawatan untuk mengurangkan kedutan muka anda? Jika terdapat rawatan yang boleh memperbaiki kedutan muka dan bintik matahari anda secara mendadak dan mempunyai masa rehat yang agak singkat, mungkin ini jawapan kepada soalan di atas. Pengelupasan kulit fenol mungkin penyelesaian untuk anda.
Fenol ialah pengelupasan kimia paling berkuasa yang ada dan bagus untuk merawat pelbagai kedutan halus, bintik matahari dan tompok yang berubah warna. Kekuatan kulit terletak pada bahan utamanya, iaitu fenol (juga dikenali sebagai asid karbolik) dan minyak croton. Kulitnya meresap jauh ke dalam kulit dan menanggalkan lapisan luar yang digantikan oleh kulit baharu. Ia juga menyebabkan lebih banyak pengeluaran kolagen dan kedua-dua kesan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kedutan.
Kesan kulit fenol adalah terkumpul. Sesi berulang, dijarakkan antara bulan, disyorkan untuk hasil yang optimum. Pengelupasan fenol hanya perlu dilakukan oleh doktor perubatan seperti Pakar Kulit atau Pakar Bedah Plastik di kemudahan perubatan.
Pengelupasan kulit fenol penuh dilakukan di bawah sedasi intravena ringan. Sejurus selepas itu muka ditutup dengan topeng pita yang dikeluarkan pada hari berikutnya. Untuk minggu seterusnya, muka kekal lembap dengan kerap menyapu flanel basah dan krim Aquaphor. Proses mengelupas agak cepat dan biasanya selesai dalam 7-10 hari.
Selepas masa ini, solekan boleh digunakan pada muka tanpa sebarang masalah. Kulit muka akan menjadi merah jambu pada mulanya tetapi mendap dalam tempoh 6-8 minggu akan datang. Salah satu kelebihan hebat kulit fenol berbanding rawatan laser ialah dalam kebanyakan kes hanya satu rawatan diperlukan untuk mencapai peningkatan dramatik. Namun rawatan ini, tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap atau mereka yang mempunyai kulit sensitif yang terdedah kepada keradangan.
Setiap pengelupasan kimia dikaitkan dengan risiko tertentu dan yang dikaitkan dengan pengelupasan fenol termasuk jangkitan, parut, hipo/hiperpigmentasi, milia (cysta kecil seperti benjolan ditemui di bawah kulit), ketidakupayaan untuk menyamak dan ketoksikan jantung. Adalah sangat penting untuk mengikuti arahan selepas mengelupas untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Tontonan lebih dari 1.2 M, rata-rata komen kagum dengan usaha wanita ini untuk cantik. Walaubagaimanpun untuk anda yang tidak pasti dengan keberkesanan rawatan ini, disarankan untuk aplikasikan krim anti penuaan seawal yang boleh.
Percintaan jarak jauh sering memberikan kesukaran buat ramai pasangan di luar sana. Banyak juga kes-kes dan terputusnya hubungan kerana percintaan ‘LDR’ (Long-distance relationship).
Sis! Tak semua percintaan itu semudah 1,2, dan 3, sudah tentunya ada cara yang boleh anda rapatkan hubungan meski pun berjauhan. Jom kita cuba beberapa cara ini untuk rapatkan serta menambahkan lagi kemeriahan dalam percintaan.
Bahasa cinta atau kata-kata yang meluahkan perasaan anda kepada pasangan. Dengan ‘Love Language‘ ini, pasangan anda akan lebih rasa menghargai meski pun anda bukanlah seorang individu yang suka menunjukkan isi hati.
Kata-kata itu bukanlah sekadar ‘I love you’ tapi boleh juga dengar bertanya khabar dan cuba berkongsi pendapat jika mereka sedang hadapi masalah. Ini juga akan merapatkan lagi hubungan serta toleransi anda dalam satu perhubungan.
Berbeza sedikit dari ‘Word of Affirmation‘, Layanan atau ‘Act of Service’ merupakan satu layanan anda kepada pasangan secara spontan tanpa mereka ketahui. Ini merupakan satu elemen yang ramai gemar kerana sifat keterujaan dan ingin tahu.
Boleh sahaja anda berikan sesuatu barangan atas talian seperti hadiah atau apa-apa buat pasangan anda. Boleh juga memesan makanan untuk mereka yang membuatkan pasangan anda lebih rasa di hargai.
Perhubungan jarak jauh sudah tentu mempunyai perbezaan masa yang ketara. Sebagai contoh, pasangan anda lebih banyak masa terluang ketika siang, anda pula lebih banyak masa ketika waktu malam.
Jadi, cuba luangkan masa yang walaupun singkat dengan sepenuh hati anda bersama pasangan. Dari situ, anda lebih memahami konsep masa yang terluang itu dengan lebih bermakna dan manfaat.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.