Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Begitulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan ujian yang menimpa pasangan pendakwah selebriti Da’i Syed dan isteri Hana Ismail apabila kegembiraan mahu menimang cahaya mata lenyap secara tiba-tiba.
Hijabista difahamkan bahawa, Hana Ismail dan suami diuji dengan kehilangan cahaya mata sulung mereka yang baru berusia 10 minggu apabila pengacara jelita itu mengalami keguguran.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Da’i Syed atau pemilik nama penuhnya, Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28 menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya. Jelasnya, meskipun berat untuk dia dan isteri menempuh ujian ini, namun mereka reda.
“Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata.
“Sejujurnya, isteri saya memang hamil… tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel Berkaitan: Mas Kahwin Seutas Gelang Emas, Tanda ‘Cinta’ Dai Syed Buat Hana Ismail
Menerusi hantaran video yang dikongsi itu, memaparkan Da’i Syed yang sedang berada di samping isterinya dan cuba menenangkanya yang sedang terlantar di katil hospital.
Menerusi satu hantaran lain, Da’i Syed turut memohon agat orang ramai mendoakan Hana yang perlu menjalani rawatan mencuci rahim selepas keguguran itu.
“Hari ini, isteri saya akan menjalani proses D&C (proses keguguran) di hospital KPJ… mohon doakan untuk beliau,” katanya.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed dan Hana Ismail Selamat Bertunang, Umie Aida Titip Nasihat Ke Alam Perkahwinan
Hijabista mendoakan agar jodoh pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke syurga, selamat melayari bahtera perkahwinan dan alam rumah tangga buat kedua mempelai!
Sumber: Instagram Dai Syed
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.