Hanis Zalikha Kongsi TUTORIAL Pantas Pakai Tudung ‘SIMPLE’ Tanpa JARUM Untuk Wanita Yang Ada Anak KECIL

Share

Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir dua tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza. Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia hampir setahun. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis. Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple

dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 3.8 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.

Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo

dan caranya yang tersendiri.

Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K. Malah turut mendapat reaksi positif dari netizen.

@metall_ombi hanisss ade cara pakai tudungg

@eskinol.anti.jerawat Mudah je rupanya ..

@cutfajrii So beautiful…

@jasmine.agca Simple but nice

TUTORIAL 1:

TUTORIAL 2:

 

Published by
Siti Zurina