Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir dua tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza. Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia hampir setahun. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis. Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 3.8 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K. Malah turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Double Chin atau penampilan dagu berganda sering menyebabkan rasa tidak selamat. Double chin adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak submental terkumpul di bawah dagu.
Punca double chin paling kerap dikaitkan dengan kenaikan berat badan yang drastik dan juga dengan keadaan berat badan berlebihan atau obesiti.
Selain itu, ternyata punca double chin juga boleh disebabkan oleh masalah usia seseorang. Kulit longgar boleh menyebabkan dagu berganda, yang membuatkan seseorang berasa tidak selamat.Bagaimana untuk mengatasi ini?
Mendongak Ke Atas
Pergerakan pertama adalah untuk mencondongkan kepala anda ke belakang dan kemudian memuncungkan bibir anda untuk meregangkan lagi otot dagu.
Pegang kedudukan selama 10 saat dan kemudian bawa kepala anda kembali ke kedudukan normalnya. Ulangi pergerakan ini sehingga 10-15 kali.
Menjelirkan lidah
Agak ganjil, tetapi lidah yang terkeluar itu juga berkesan untuk mengurangkan penampilan dagu berganda. Anda boleh menjelirkan lidah anda sejauh mungkin dan kemudian menariknya ke arah hidung anda. Ulangi pergerakan 10-15 kali sehari untuk hasil yang maksimum.
Regangan Leher
Anda boleh meregangkan leher anda. Regangan leher bukan sahaja boleh membantu mengurangkan penampilan dagu berganda, tetapi ia juga boleh membantu melegakan leher yang pada mulanya ketat.
Caranya ialah dengan memiringkan kepala anda ke belakang dan menolak lidah anda ke arah bumbung mulut anda. Kekalkan pergerakan ini selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk membebaskan dagu anda daripada dagu berganda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa usahawanita, Noor Neelofa Mohd Noor baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya beberapa hari yang lalu. Seperti kelahiran putera sulungnya, Neelofa dan suaminya, PU Riz sepakat untuk tidak mendedahkan wajah bayi mereka sehingga tibanya waktu yang sesuai kelak.
Bagaimanapun, seperti hantaran yang dilakukan pelakon utama, Suri Hati Mr Pilot itu di laman Instagram miliknya yang berjanji bakal berkongsi nama putera kedua mereka genap pada hari kelahiran ketujuh telah dikotakan.
Perkara berkenaan dimaklumkan Lofa sendiri menerusi satu muatnaik hantaran dilaman Instagram miliknya sebentar tadi
“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
Sehingga ada hadith nabi saw bertanya
Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga
Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”
Riwayat al-Bukhari (1149)
Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A
Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas
Merujuk hadith:
تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)
Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”
Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”
Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).
Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam
Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulis Neelofa panjang lebar pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Bila kita bercuti, merehatkan minda dan meluangkan masa bersama insan tersayang, hanya ada satu aspek yang sentiasa menjadi keutamaan dan perlu diambil perhatian, iaitu keselesaan sewaktu bercuti.
Perkara yang perlu dititikberatkan ketika melancong adalah kasut. Kerana ia merupakan antara item penting agar kita dapat menikmati percutian dengan selesa terutamanya sewaktu menempuh perjalanan jauh.
Mesti ada diantara anda yang sering mengalami kaki melecet atau tapak kasut tercabut ketika bercuti kan? Bila jadi situasi tak seronok macam tu mesti mood holiday tu pun kelaut dan rasa turn off untuk berjalan kemana-mana.
Justeru, adalah penting untuk kita buat sedikit persiapan bagaimana nak pilih kasut yang betul agar dapat menikmati percutian yang selesa dan menyeronokkan pada hujung tahun 2022 ini!
Bagi mengurangkan bebanan ketika melancong atau bercuti, sis tidak perlu membawa kasut yang banyak, cukup dengan bawa satu kasut yang paling selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti yang telah direncanakan.
Sehubungan itu, Hijabista mencadangkan agar sis amalkan beberapa tip pemilihan kasut yang betul ketika pergi bercuti atau melancong!
Oleh itu, jangan lah kedekut sisi untuk membeli kasut yang selesa dengan harga yang mahal, kerana kasut seperti ini selalunya tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan sepanjang percutian tau! Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
Kasut yang mempunyai material ringan amat selesa sewaktu dipakai, malah ia dapat mengelakkan kaki dari kepenatan ketika berjalan, selain itu kaki juga bebas sakit atau lenguh akibat terpaksa menampung beban yang berat.
Ini demikian kerana, ketika kita berjalan kaki memerlukan tenaga yang banyak untuk menampung berat badan. Maka, pilihlah kasut ringan dan elakkan pemakaian kasut yang terlalu berat serta padat yang boleh menimbulkan ketidakselesaan pada kaki.
Teknologi penghasilan kasut sudah berkembang seiring peredaran zaman.
Terdapat pelbagai pilihan kasut dengan rekaan kusyen dalamnya lebih lembut yang membuatkan anda seolah-olah berjalan di atas permukaan air.
Jangan ambil mudah mengenai kusyen dalam yang lembut kerana ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada mudah lenguh, sakit serta melecet.
Kepada anda yang masih tercari-cari kasut dari jenama mana yang mempunyai kesemua ciri yang Hijabista senaraikan di atas, FitFlop adalah jawapan kepada persoalan anda sis!
Kasut dibawah jenama Fitflop memang terjamin kualiti dan keselesaanya! Pastu sis tak mahukan jenama lain setelah merasai keselesaan memakai kasut jenama Fitflop ni!
Malah, terdapat pelbagai variasi kasut yang boleh sis pilih untuk pelbagai kegunaan seperti pergi ke pejabat, ke majlis-majlis keramaian dan termasuklah ketika melancong. Kasut dibawah jenama Fitflop ini juga sesuai digayakan oleh kaum lelaki dan perempuan kerana ianya unisex.
Lebih menarik lagi, jenama ini baru sahaja melancarkan semula pembukaan secara besar-besaran ‘concept store’ mereka di Midvalley Megamall semalam!
Jadi tunggu apa lagi sis? Nak melancong dengan selesa, jom serbu concept store Fitflop dengan segera! Atau sis boleh membeli kasut Fitflop secara atas talian di laman sesawang rasmi Fitflop Malaysia
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.