Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir dua tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza. Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia hampir setahun. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis. Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 3.8 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K. Malah turut mendapat reaksi positif dari netizen.
@metall_ombi hanisss ade cara pakai tudungg
@eskinol.anti.jerawat Mudah je rupanya ..
@cutfajrii So beautiful…
@jasmine.agca Simple but nice
TUTORIAL 1:
TUTORIAL 2:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Jeans Lama, 5 Trik Ini Jadikan Jeans Anda Lebih Besar Mengikut Tubuh
Sekiranya seluar jeans anda tiba-tiba mengecut di bahagian pinggang atau pinggul, jangan berputus asa. Anda pasti beranggapan jeans anda sudah mengecut atau badan sudah mengembang.
Jangan risau 5 jeans hack akan menunjukkan kepada anda cara untuk menjadikannya sedikit lebih besar dan membantu anda sesuai dengan bentuk tubuh andan dengan bertambah selesa lagi.
1. Menggunakan air
- Letakkan seluar jeans anda di lantai.
- Kemudian ambil botol air yang diisi dengan air suam dan semburkan bahagian seluar jeans anda yang ingin anda regangkan sehingga benar-benar basah. Jangan lupa lakukan ini di kedua-dua belah seluar jeans.
- Berdiri di poket seluar jeans anda dan mulailah menarik dan meregangkan kawasan basah dengan kedua tangan ke semua arah, sembuh semula air jika diperlukan.
- Lakukan selama kira-kira 10 minit, kemudian biarkan seluar jeans kering.
2. Mandi air suam
- Pakai seluar jeans ketat anda.
- Berendam dengan air suam (jangan masukkan sabun) dan duduk di dalamnya sambil memakai seluar jeans selama kira-kira 15 minit.
- Tanggalkan seluar jeans dan goncangkan sebanyak mungkin air dari seluar.
- Biarkan seluar jeans kering di permukaan rata atau di penyangkut.
3. Menggunakan pengering rambut
- Letakkan seluar jeans anda di permukaan rata.
- Ambil pengering rambut dan panaskan seluar jeans, jarakkan sekitar 6 inci dari seluar jeans. Jangan lupa untuk memanaskan bahagian belakang seluar jeans juga.
- Kemudian ambil seluar jeans di tangan anda dan mulailah menarik dan meregangkannya ke sisi yang bertentangan.
- Pakai seluar jeans anda. Sekiranya masih terlalu ketat, ulangi pemanasan dan tarik lagi.
4. Menggunakan penyangkut
- Basuh seluar jeans anda di mesin basuh seperti biasa.
- Ambil penyangkut biasa dan letakkan di pinggang seluar jeans anda semasa masih basah. Pastikan ia cukup lebar untuk memberikan peregangan berterusan.
- Biarkan seluar jeans kering dengan cara ini.
5. Menambah kain
- Cuba seluar jeans anda dan tentukan berapa inci yang perlu anda tambahkan ke pinggang.
- Gunting jahitan sisi seluar jeans kira-kira 3-4 inci.
- Regangkan tali pinggang sedikit sehingga menjadi berbentuk V.
- Ambil sehelai kain denim tambahan (atau kain lain yang anda suka), lipat dua, dan letakkan di bawah potongan.
- Dengan menggunakan sekeping kapur, lukiskan V pada sehelai kain.
- Ukuran V mestilah kira-kira separuh perbezaan antara ukuran pinggang pinggang seluar jeans anda dan pinggang sebenar.
- Potong 2 V dari kain, tetapi jangan lupa untuk menambah peruntukan 1 inci untuk setiap bahagian.
- Selepas itu, pasangkan sehelai kain ke seluar jeans anda.
- Jahit tampalan di tempat menggunakan mesin jahit atau lakukan secara manual.
- Ulangi dengan sisi yang berlawanan juga.
SUMBER: 5 minutes Craft
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bukan Seorang Yang Semuanya Perkara Boleh Buat Dengan Baik” – Neelofa Syukur PU Riz Ada Untuk Menegurnya
Siapa sahaja yang tidak tahu kemanisan rumah tangga Neelofa dan juga PU Riz apabila kedua pasangan ini kelihatan sangat mesra dan manis bila bersama. Tambahan lagi, Neelofa juga menitipkan rasa syukur apabila kehadiran suaminya itu seperti satu manfaat buat dirinya.
Selebriti dan usahawan terkenal itu juga baru-baru ini mendedahkan rasa syukurnya apabila di kurniakan oleh Allah SWT dengan seorang suami yang baik. Ramai juga yang menjadikan mereka sebagai contoh dalam mendirikan hubungan bersama.
Akan di tegur secara bersendirian bukan di khalayak ramai
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih gemar di kenali sebagai Neelofa turut berkata dirinya belum cukup sempurna untuk melengkapi panduan kehidupan yang sebetulnya. Malah, dengan adanya suaminya, Haris Ismail, mereka berdua memainkan peranan bersama untuk melengkapi kekurangan yang ada.
Pelakon dan usahawan terkenal itu juga berkata suaminya sering menegur dan memberikan nasihat jika ada kesilapan yang di buatnya. Neelofa juga akui bahawa teguran dari PU Riz membuatkannya lebih akur dan menjadikan dirinya sebagai isteri dan Muslimah sejati.
Artikel berkaitan: Kongsi Tip Bagi Hubungan Antara Non-Muslim, Adam Corrie Nasihat Niat Kerana Allah SWT
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula,
“Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.” kata pelakon itu.
Neelofa yang juga terkenal dengan perusahaan bisnes tudung dan juga baru-baru ini keluaran produk inai itu menitipkan lagi cara lembut teguran PU Riz kepadanya. Itulah yang di katakan sebagai nasihat dan teguran yang sebetulnya.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia,
“Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kena tunjuk adab dan akhlak yang baik,
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” ujarnya lagi.
Neelofa dan juga Suaminya telah mendirikan rumah tangga yang kini menjangkau usia setahun itu di kurniakan lagi dengan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal. Menurut neelofa juga, selepas bersalin dia juga melalui fasa baharu sebagai seorang ibu dan kehidupannya juga turut berubah.
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.” sambungnya lagi.
Tidak di nafikan, Neelofa memberitahu bahawa PU Riz juga tidak menyekatnya untuk membuat apa-apa yang di inginkan. Jadi apa yang boleh kita titipkan dalam kehidupan adalah untuk sentiasa memahami antara satu sama lain, juga kunci utama adalah toleransi.
Sumber info dan gambar: Harian Metro dan Neelofa
Artikel berkaitan: Tampil Dengan Imej Berniqab Ke Majlis Ilmu, Aprena Manrose Akui Masih Lagi Belajar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Golongan Mati Syahid Menurut Islam Dan Syarat Serta Kebaikan. Ini Penjelasannya
Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah S.A.W atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya.
Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Sebelum itu, perlu difahami bahawa syahid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut pandangan jumhur ulama’, iaitu seperti berikut:
Pertama: Syahid Dunia dan Akhirat
Iaitu orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata serta mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayah mustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414-415).
Dia dianggap syahid akhirat kerana di sisi Allah mereka mendapat pahala syahid dan dianggap sebagai syahid dunia kerana mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414). Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
كَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ مِنْ قَتْلَى أُحُدٍ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ثُمَّ يَقُولُ “ أَيُّهُمَا أَكْثَرُ أَخْذًا لِلْقُرْآنِ “ . فَإِذَا أُشِيرَ إِلَى أَحَدِهِمَا قَدَّمَهُ فِي اللَّحْدِ . قَالَ “ أَنَا شَهِيدٌ عَلَى هَؤُلاَءِ “ وَأَمَرَ بِدَفْنِهِمْ فِي دِمَائِهِمْ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُغَسَّلُوا
Maksudnya: “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur’an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda “saya saksi ke atas mereka.” Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.
Riwayat al-Bukhari (1347)
Kedua: Syahid Dunia
Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid) seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata, atau berjuang untuk dikatakan berani, atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan), maka dia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan. Sementara itu dia tidak dianggap sebagai syahid akhirat iaitu tidak mendapat pahala syahid yang sempurna dan urusannya di akhirat adalah antara dia dengan Allah S.W.T. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Ketiga: Syahid Akhirat
Adapun syahid akhirat ialah selain daripada golongan yang telah disebutkan di atas, iaitu sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid. Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid. Mereka dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat). Adapun hukumnya di dunia adalah sama seperti kebiasaan orang yang meninggal dunia iaitu wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Kelebihan mati syahid
Firman Allah SWT:
فَلْيُقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ الَّذِيْنَ يَشْرُوْنَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا بِالْاٰخِرَةِ وَمَنْ يُّقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ فَيُقْتَلْ اَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيْهِ اَجْرًا عَظِيْمًا
Maksudnya: “Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.”
(Surah An-Nisa’: 74)
Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW:
للشهيد عند الله ست خصال: يُغفر له في أول دَفعة ويَرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن من الفزع الأكبرِ، ويوضع على رأسه تاج الوقار؛ الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحورِ العِين، ويشفّع في سبعين من أقاربه
Maksudnya: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”.
Syarat-syarat untuk mendapatkan syahid
Telah dinukilkan daripada Imam al-Subki bahawa untuk mendapatkan ganjaran syahid, seseorang itu hendaklah menepati syarat-syarat berikut iaitu: sabar, ikhlas mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata dan tidak melarikan diri daripada medan perang serta tidak melakukan mawani’ al-syahadah (perkara-perkara yang boleh menghalang daripada mendapatkan ganjaran syahid) seperti mengambil ghanimah (harta rampasan) perang orang lain, ada menanggung hutang manusia serta mencerobohi hak manusia yang lain. Antara contoh lain (yang menghalang daripada mendapatkan syahid) ialah seseorang yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan maksiat contohnya orang yang memasuki sesebuah rumah untuk mencurinya lalu dia mati kerana ditimpa runtuhan rumah tersebut atau seorang wanita yang mati ketika melahirkan anak yang dikandung hasil daripada perzinaan. (Rujuk: Fatawa al-Subki fi Furu’ al-Syafie, 3/314-318).
Justeru, seseorang yang meninggal dunia dianggap syahid dan mendapat ganjaran syahid di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak sekiranya dia menepati semua syarat-syarat yang disebutkan di atas. Adapun sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara yang dilarang tersebut, maka dia terhalang daripada mendapatkan ganjaran yang sempurna serta kelebihan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang yang syahid di akhirat kelak.
10 Golongan yang Mati Syahid
Terdapat hadis-hadis lain menyesebutkan golongan mati syahid, secara ringkasnya, menurusi portal Pejabat Mufti Wilayah simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama’, antaranya seperti berikut:
- Orang yang mati kerana penyakit berjangkit.
- Orang yang mati kerana penyakit perut.
- Orang yang mati lemas.
- Orang yang mati dihempap bangunan.
- Orang yang mati kerana kebakaran.
- Orang yang mati kerana dizalimi.
- Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.
- Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu.
- Wanita yang mati ketika bersalin.
- Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)
Sesungguhnya kita semua mengimpikan mati yang dicemburi umat lain, berdoalah agar diberikan kematian husnul khotimah dan syahid ke jalan yang diredhaiNya. Semuanya atas keredhaan dan ketentuan Allah s.w.t. Disamping itu masih belum terlambat untuk kita didik diri menjadi ummah yang berkualiti.
SUMBER: Mufti Wilayah Perseketuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI