Kerohanian

Hanis Zalikha Inspirasi Hijabi, Dulu Anak Peniaga Tepi Jalan Kini Usahawan Tudung Berjaya!

Share
Selebriti popular, Hanis Zalikha sememangnya sering menjadi tumpuan ramai dek kerana keperibadiannya yang terpuji serta kehebatannya membangunkan sebuah perniagaan di samping menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada dua orang anak tercinta.
Berkongsi sebuah memori di Instagram, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa suatu ketika dahulu Hanis pernah melalui saat yang sukar bersama keluarganya.

Pulut Panggang Kuih ‘Nostalgia’ Hanis Zalikha

“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih & nasi lemak.

“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh.

“Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis.

Wargamaya ‘Puji’ Hanis Tak Lupa Asal Usul

Selepas berkongsi kisah, ramai pengikut laman sosialnya yang turut berkongsi rasa dengannya serta memuji Hanis kerana tidak pernah melupakan asal usul walaupun kini sudah mengecapi kejayaan dalam hidup.

Untuk rekod, Hanis Zalikha merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.

Hanis mula memperlahankan kegiatan seninya untuk memberikan fokus dan perhatian kepada keluarga, membesarkan anak-anak dan perniagaan mesra muslim miliknya dibawah jenama Cakenis.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Artikel berkaitan: ‘Healing Another Level’, Hanis Zalikha Kongsi Cara Me-Timenya Versi Alisa Aisyah, Ramai Puji Lain Macam Ni.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir