Kebiasaannya, kita mesti mahu cuba mencari kelainan dalam berfesyen terutama sekali dalam bab gaya tudung. Bosan juga kalau hari-hari masih dengan gaya berhijab yang sama.
Banyak cara yang boleh kita cuba tapi ada juga yang kita rasa seperti tak yakin untuk mencubanya kerana ada telinga ‘mickey’. Haaa, mesti hijabi banyak yang mengalami masalah macam ini kan.
Sebenarnya, ada cara tertentu untuk menghilangkannya dan ia bukan rahsia lagi apabila selebriti terkenal iaitu Hanis Zalikha telah menjumpai solusinya. Melakukan video tutorial, jom kita lihat video yang dikongsi oleh Hanis ini.