Suatu hari, Aufa berpeluang bertemu Hana Tajima pereka fesyen yang telah membawanya keluar dari rasa kurang yakinnya itu.
Kredit Foto: hntaj
Hana Tajima telah memberi inspirasi gaya buat Aufa di mana dia perlu menggabungkan pakaiannya dengan elemen dan fesyen Muslimah yang sedang menjadi trending di Tokyo ketika itu.
Aufa akhirnya berjaya buktikan, seorang Muslimah boleh menjalani kehidupan normal dan bergaya tanpa perlu berasa asing walaupun golongan Muslim adalah minoriti di Jepun.
Penampilan Aufa kian menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi gaya tudungnya yang ala Jepun dan digunakan setiap hari. Ia turut menjadi inspirasi di kalangan hijabi.
Memetik dari Instagram @aufatokyo, berikut adalah gaya pakaian Jepun ala Aufa Tokyo yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi.
Pelakon dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Tenda Biru’ iaitu Desy Ratnasari merupakan seorang tokoh masyarakat yang mempunyai pelbagai bakat. Desy memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada usia muda seterusnya bergelar pelakon, penyanyi dan pengacara yang berjaya.
Popularitinya yang melonjak pada era 1990-an bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam dalam dunia hiburan bahkan menjadi titik permulaan untuk banyak peranannya yang lain.
Desy dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat, menunjukkan dedikasi dan semangat yang tinggi untuk belajar. Dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Psikologi ketika masih aktif berkerjaya dalam dunia hiburan.
Kejayaannya sebagai graduan terbaik menunjukkan kesibukannya dalam dunia hiburan tidak menjejaskam tumpuannya terhadap pengajian Ketika itu.
Desy kini dikenali sebagai ahli politik di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI). Desy antara selebriti yang berjaya membina karier politik berintegriti. Perjalanan kariernya menjadi inspirasi kepada ramai orang, membuktikan kemasyhuran boleh seiring dengan sumbangan sebenar kepada masyarakat.
Desy Ratnasari dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat pada 12 Disember 1973. Sebagai anak pertama daripada empat beradik, Desy menamatkan pendidikan di sekolah tempatan sehingga peringkat sekolah menengah. Sejak remaja, dia telah menunjukkan minat yang tinggi dalam dunia hiburan.
Pada 1987, Desy menyertai pertandingan ‘Cover Girl’ dan berjaya meraih kedudukan naib johan. Pencapaian ini membuka jalan kepada kariernya dalam dunia hiburan. Kemunculan sulungnya sebagai pelakon bermula dengan siri ‘Window of Our House’ yang telah melonjakkan namanya.
Selepas mencapai kejayaan dalam karier lakonannya, Desy mula menerokai dunia muzik. Lagu terkenalnya, ‘Tenda Biru’ menjadi popular dan membantu mencipta namanya dalam industri hiburan pada era 1990-an. Selain itu, Desy turut memainkan peranan dalam beberapa filem dan sinetron popular seperti ‘Buku Diari’ dan ‘Melati’.
Kejayaan diraih Desy membawa pelbagai anugerah, salah satunya Piala Vidia kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada 1997. Selain berlakon, Desy juga aktif sebagai pengacara dan juri dalam pelbagai program televisyen.
Pendidikan sangat penting untuk Desy Dia berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Atma Jaya, Jakarta diikuti Ijazah Sarjana Psikologi Gunaan di Universiti Indonesia. Sejak 2012, Desy memulakan karier sebagai pensyarah kehormat di Fakulti Psikologi Universiti Atma Jaya.
Sebagai ahli akademik, Desy bukan sahaja mengajar sains bahkan menjadi inspirasi kepada para pelajar dan rakan sekerja. Komitmen Desy terhadap dunia pendidikan menunjukkan keseimbangan antara karier profesional dan pembangunan intelek.
Pada 2014, Desy mengorak langkah memasuki dunia politik dengan menjadi sebahagian daripada Parti Amanat Nasional (PAN). Desy menunjukkan dedikasinya dengan aktif dalam pelbagai suruhanjaya dan diiktiraf sebagai antara ahli politik dalam kalangan artis yang berintegriti tinggi.
Biarpun aktif dengan pelbagai aktiviti, Desy tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu. Dia menghadapi masa-masa sukar dalam kehidupan berumahtangga namun tetap komited terhadap karier dan pendidikannya.
Desy ingin terus belajar dan menyumbang kepada masyarakat sehingga menjadikannya seorang tokoh berinspirasi. Desy juga membuktikan perjalanan hidupnya yang penuh cabaran boleh menjadi pengajaran untuk terus berkembang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Aryani Fitriana mengakui pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya.
“Saya mengandung, tetapi keguguran kerana terjatuh dalam bilik air,” kata Aryani seperti yang dipetik daripada portal TribunStyle.com dari saluran YouTube The Sungkar.
Aryani Fitriana dikurniakan hidayah untuk bertudung dan menutup aurat di saat perniagaannya sedang berkembang.
Pelakon sinetron ‘Anak Jalanan’ ini turut mendedahkan, tidak lama selepas berhijab dirinya kembali hamil kali kedua.
“Selepas sebulan saya mengambil keputusan untuk memakai tudung, saya hamil,” ungkap Aryani Fitriana.
Aryani Fitriana turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan rezeki Allah SWT yang tidak ternilai itu.
Bagi Aryani Fitriana ia adalah satu keajaiban kerana ketika itu dia dan suami amat ternanti-nantikan zuriat mereka.
Untuk info, Aryani Fitriana atau nama penuhnya Aryani Fitriana Kurniawan memulakan kariernya sebagai model setelah meraih gelaran ‘Pemenang Kegemaran Pembaca” pada pemilihan Gadis Sampul 2002.
Aryani Fitriana berkahwin dengan pelakon dan model kacak, Donny Michael pada 16 Januari 2016 di Hotel Borobudur, Jakarta.
Mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata iaitu Alem Isco Zeroun Haub dan Aleia Astrid Romeesa Haub.
Malam yang sarat dengan bintang berlian, kilauan inspirasi, dan pengiktirafan kepada wanita Malaysia yang luar biasa, Nona Superwoman Award 2024 mengukir sejarah baharu dengan penganjuran kali keempat. Bertemakan “Diamonds Are Forever”. Acara yang berlangsung di M World Hotel Petaling Jaya ini meraikan tokoh-tokoh wanita hebat yang telah membawa impak besar kepada komuniti dan negara dalam pelbagai bidang.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli untuk menyampaikan anugerah utama malam ini adalah simbolik kepada penghormatan tertinggi yang diberikan kepada kejayaan dan dedikasi wanita. Turut diserikan dengan kehadiran kerabat diraja, tokoh masyarakat, dan pemimpin-pemimpin terkemuka. Majlis ini menjadi perayaan keberanian, kecekalan, dan pencapaian yang luar biasa.
Majlis ini turut menyaksikan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Hajah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati, YM Tengku Sharifah Ariel Budriah Jamallulail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Mantan Ahli Dewan Negara, Ms. Cynthia Seow, Chairman Nu Ideaktiv & Director Customer Experience & Digital Astro dan En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai EksekutifNu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Platform Transformatif untuk Wanita!” Itulah kata-kata pertama Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawa iEksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2024.
Beliau menyatakan, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu. Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
“Dari sebuah entiti penerbitan terkemuka dan kini platform digital & audiens, kami telah menjadikan pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita sebagai salah satu tunjang misi utama kami. Acara ini mungkin dilihat secara dasarnya adalah satu malam penghargaan, namun secara ringan dan relevan, kami cuba untuk menjadikan ia sebuah platform yang mengangkat kisah mereka kepada dunia.
Wanita-wanita ini telah membuktikan bahawa di sebalik setiap cabaran, terdapat peluang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Majalah Nona bukan sahaja meraikan kejayaan mereka tetapi turut menyediakan ruang dan jaringan yang memperkasakan perniagaan mereka untuk menjangkau lebih ramai pelanggan, lebih banyak peluang, dan lebih besar impak.”
Syamil juga mengaitkan kejayaan ini dengan impak kepada Nu Ideaktiv: “Melalui Nona Superwoman Award, kami bukan sahaja memperkukuhkan jenama kami sebagai pelopor dalam memperkasakan wanita tetapi juga menyumbang kepada kestabilan perniagaan melalui jaringan kepercayaan yang dibina bersama usahawan dan tokoh yang berjaya. Anugerah ini adalah lambang komitmen kami terhadap transformasi sosial dan ekonomi yang lebih inklusif selain dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap jenama kami. Ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kami dengan komuniti wanita tetapi juga membuka peluang baharu untuk kolaborasi dan inovasi.”
Kiffy Razak, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd, memberikan ucapan yang penuh inspirasi.
“Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Malam penuh gemilang ini dikemudi oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerus iprogram Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.
Sebanyak 39 kategori anugerah telah disampaikan yang mengiktiraf wanita hebat dari pelbagai latar belakang.
Bagi menghangatkan gelombang Fenomena Nona Superwoman Award 2024, Nona turut tampil dengan terbitan naskhah eksklusif Majalah Nona yang telah menjadi tradisi setiap edisi Superwoman berlangsung. Naskhah eksklusif kali ini membariskan wanita-wanita yang melakar prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024.
Antaranya kisah wanita kedua dilantik ke jawatan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta anak penoreh getah yang kini bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan ramai lagi; Majalah terbitan eksklusif ini boleh didapati di laman web Karangkraf Mall, www.karangkrafmall.com.my dengan harga RM15.90 sahaja.
Sebagai mercu tanda dalam pengiktirafan wanita selama 38 tahun, Majalah Nona terus komited untuk memperkasa wanita. Nona Superwoman Award akan terus menjadi platform untuk mengangkat suara, pencapaian, dan potensi wanita Malaysia. Dengan setiap langkah yang diambil, wanita Malaysia membuktikan bahawa impian besar adalah asas kepada masa depan yang gemilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.