Bukan senang untuk menjadi senang. Siapa yang tidak kenal bukan dengan jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz. Celotehnya yang menghiburkan sewaktu sedang melakukan makeup tutorial menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menontonnya.
Disebalik kejayaannya pada hari ini, ramai yang tidak mengetahui kisah hidupnya sebelum berjaya sampai ke puncak. Dimuat naik oleh seorang pengguna facebook iaitu Mizun Maizura, dia telah berkongsikan sedikit mengenai kesusahan hidup Mua Bellaz sebelum ini.
Dulu dirinya hampir-hampir tidak mengambil SPM…
This girl name is Nur Nabilah.
Dia asal dari kawasan perkampungan nelayan, Tanjung Dawai, Kedah. Keluarga dia memang susah. Sekolah sekejap pergi, sekejap tak. Waktu tingkatan 5 hampir tak ambil SPM sebab tak ada duit nk bayar yuran sekolah. Mujur ada guru-guru yang bersimpati tolong bayarkan. Lepas tu tak sambung belajar dah dan straight away kerja bantu keluarga. Kerja asingkan ikan dari jam 7 pagi hingga 5 petang dengan bayaran RM15 sehari. Kayuh basikal buruk sahaja ke sana ke mari buat kerja apa sahaja yang mampu.
Walau pernah kena kutuk kerana solekan buruk, namun Mua Bellaz tetap tak jemu berusaha.
Dia ni kahwin awal. Minat dia dalam makeup ni develop waktu dia mengandung anak pertama. Dia tak ada basic makeup artist langsung, self taught. Semuanya try and error sendiri. Pernah kena kutuk hina sebab makeup dia buruk. Dia usaha perbaiki, sampailah dia sekarang jadi salah seorang MUA profesional first class dengan nama Makeup By Bellaz. Ada lipstick line jenama sendiri. Dah boleh dikatakan berjaya sekarang. Giving back to the society, dia gunakan talent makeup dia untuk buat charity, makeup brides yang tak mampu bayar makeup artist mahal2 dengan percuma serta bayaran seikhlas hati. Every girl dreams to be beautiful on her wedding, right? She helps them to be one.
Statusnya itu dimuat naik berikutan sebuah memes yang dijumpai di internet yang menggunakan wajah Mua Bellaz. Menurut memes tersebut, wanita menggunakan hijab bagi menyorokkan kecantikan namun mendedahkannya pula dengan bersolek tebal.
So, behind this meme, is a story of a very strong lady who went through lots of hard things in life in order to achieve what she owns and be what she is today. So, yes, she wears shit-ton of makeup not just to look pretty, that is her butter and bread. Regarding her hijab, it is a good thing to see her wearing hijab while putting on makeup. Why? That shows she understood that the hijab is a choice. She choose to wear it though she can take it of. Same goes to wearing makeup in public. That means she understood, she choose to be pretty without hiding in closet. She is an example of liberated woman who understood both hijab and makeup, are the matter of choices and not oppression. She choose to wear makeup and wear hijab. I don’t see anything wrong there.
????
Ada benar apa yang dikatakannya itu. Kita jangan terlalu cepat menghukum orang lain tanpa mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup mereka. Buat Mua Bellaz, moga terus berjaya mencipta nama sebagai seorang jurusolek yang hebat hingga ke peringkat antarabangsa. InsyaAllah.
kredit: facebook Maizun Mastura
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI