Hampir 4 Juta Tontonan, Izara Aishah Kongsi Tutorial Hijab Labuh Lepas Peminat Request

Share

Baru-baru tular di twitter mengenai seorang pemuda yang meminta tolong warganet untuk berkongsikan cara pemakaian tudung seperti yang digayakan oleh pelakon terkenal, Izara Aishah sewaktu sesi fotografinya.

Kongsi @luqman_kaka, dia buntu kerana isterinya mahukan tutorial tudung seperti yang dilakukan oleh pelakon Pilot Cafe tersebut namun tidak menjumpai cara yang tepat.

Perasan dengan ciapan tersebut, Izara terus membalasnya dan bertanya samada mahukah dia berkongsi tutorial hijab tersebut bersama semua.

Lantaran itu, ramai warganet yang teruja dan tidak sabar mahu melihat sendiri tutorial yang dilakukan Izara.

 

Tidak menghampakan hati para peminatnya, ibu kepada Irisa Alaia itu telah berkongsi sendiri cara penggayaan tudung tersebut di akaun TikToknya.

Berdurasi lebih tujuh minit,video tersebut hingga kini telah mendapat hampir empat juta tontonan sejak dimuat naik pada dua hari yang lalu.

 

@izaraaishahofficial🤍 Maaf ya tak biasa. Kekok sangat. Hopefully boleh faham.

♬ Espacio – corandcrank

Berikutan itu, ramai warganet yang teruja dengan perkongsiannya itu termasuklah kaum Adam yang baru pertama kali melihat video penggayaan tudung.

“Aku lelaki, first time tengok full video tutorial pakai shawl.

“Her face, voice and her personality are all so beautiful.

“Sukanya tengok Izara soft spoken je bila bercakap,” komen warganet di akaun hantaran videonya di TikTok.

Published by
Team Hijabista