Siput sedut memang satu hidangan yang sangat sedap untuk dinikmati. Namun, tak semua yang menggemarinya kerana ada yang berasa geli dengan keadaan dan sifatnya. Cara memasaknya yang agar renyah juga membuatkan ramai yang memilih untuk membeli di restoran sahaja.
Tetapi ramai juga yang memilih untuk memasaknya sendiri kerana lebih puas. Namun, kadang kala ada perkara yang kita tidak jangkakan berlaku. Seperti gadis ini, niatnya untuk memasak siput sedut bertukar menjadi situasi mengejutkan apabila tidak menyangka kesemua siput sedut yang dibeli cuba meloloskan diri!
Siput sedut cuba melarikan diri daripada dijadikan hidangan makanan!
Alamak, petua tak menjadilah pulak!
kredit : Facebook نور إيفا أشكين نتشا
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Sopan & Stylish LARISSA CHOU Jadi Inspirasi Hijabi
Larissa Chou merupakan seorang selebriti, jurusolek, penulis buku serta usahawan kelahiran Jawa Barat, Indonesia. Wanita berketurunan Tionghoa ini pernah membuat keputusan yang sangat besar dalam hidupnya.
Ketika berusia 19 tahun, Larissa Chou telah menukar kepercayaannya untuk menjadi satu-satunya ahli keluarga yang beragama Islam.
Larissa Chou mempelajari ilmu hijrah daripada idolanya, Felixia Yeap yang juga seorang mualaf serta bekas model majalah.
Perjalanan sebagai mualaf bukanlah mudah bagi Larissa Chou kerana dia hidup di kalangan keluarga besar Tionghoa.
Selepas setahun memeluk Islam, pada usia 20 tahun Larissa Chou berkahwin dengan Muhammad Alvin Faiz iaitu anak kepada Ustaz Arifin Ilham pada 6 Ogos 2016.
Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang. Mereka bercerai setelah lima tahun hidup hidup bersama. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Kini, Larissa Chou bahagia dengan perkahwinan baharunya serta bakal melahirkan zuriat kedua. Larissa Chou memilih ahli politik, Ikram Rosadi sebagai jodoh keduanya.
STYLISH WALAU TUDUNG TUTUP DADA
Bukan hanya kecantikan wajahnya, penampilan hijab Larissa Chou juga sering mencuri perhatian.
Walaupun pakaiannya mengikut syariah dan tudung menutupi dada, Larissa Chou tetap nampak sylish!
Hijabista kongsikan 8 inspirasi gaya tudung Larissa Chou. Sesuai untuk hijabi yang ingin belajar cara kelihatan syariah!
Pashmina
Salah satu gaya tudung paling kerap dipakai oleh Larissa Chou. Untuk mendapatkan gaya seperti ini, tutorialnya agak mudah.
Hanya perlu menaikkan bahagian paling panjang pashmina ke atas, kemudian kemaskan dengan safety pin.
Pashmina Dengan Topi
Larissa Chou juga dilihat sering mengenakan topi bagi melengkapkan gaya hijabnya.
Nampak lebih sporty!
Tudung Bawal Dengan Pakaian Polos
Dalam gaya ini, Larissa Chou memadankan tudung bawal bercorak dengan pakaian biasa yang menyerlahkan gaya anggun.
Khimar Dengan Baju Bercorak
Selain pashmina dan tudung bawal, hijabi boleh juga menyarungkan khimar.
Dalam gaya ini, Larissa Chou memadankan khimar biasa dengan gaun bercorak labuh.
Tudung Bawal
Sekarang ini, gaya tudung ‘old school’ semakin popular.
Gaya ini membuatkan mereka yang memakainya nampak kontemporari.
Pakaian Rona Pastel
Warna pastel sentiasa menjadi kegemaran ramai. Namun, ketika dahulu warna ini sering dianggap terlalu pucat.
Pun begitu, jika tudung dipadankan dengan baju berwarna pastel atau sedondon tetap kelihatan cantik!
Tudung Instant
Penampilan akan kelihatan lebih sporty namun tetap menyerlahkan keanggunan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kurangkan Ruam Selepas Mencukur, Tawas Jadi Bahan Utama Dalam Kosmetik
Siapa sahaja tidak tahu penggunaan tawas yang bagus untuk menghilangkan bau badan terutama sekali di bahagian ketiak. Ia juga tidak asing menjadi sebagai bahan utama dalam pembuatan barang-barang kosmetik.
Artikel berkaitan: Mudah Digunakan Dan Dibawa, Satu Sapuan Semula Dengan SPF Stik Ini Wajah Lambat Tua
Namun, tawas bukan sahaja digunakan untuk mengurangkan bau-bau busuk keluar dari badan, ia juga membantu memberikan kebaikan seperti tujuan mencukur dan menghilangkan jerawat!
Bahan Serba Boleh Untuk Atasi Masalah Anda
Tidak semua yang ketahui bahan tawas ini yang sering digunakan untuk menyingkirkan bau badan yang kurang ‘enak’ itu. Ia juga tidak asing dalam dunia kosmetik yang sering menjadikannya sebagai bahan utama.
Tawas merupakan sebatian aluminium yang sering menjadi tumpuan pengeluar kosmetik oleh kerana sifat astringen dan antibakteria. Di laporkan oleh Medical News Today, astringen dapat membantu dalam mengurangkan penampakkan pori-pori pada kulit.
Jadi apakah manfaat tawas yang menjadi keutamaan dalam dunia kosmetik?
1. Deodoran antipeluh
Sudah menjadi kelaziman tawas digunakan untuk mengyingkirkan bau badan dari ketiak. Ia berfungsi dalam mengecilkan kelenjar peluh. Cara penggunaan sangat mudah dan mengurangkan pembiakan bakteria.
2. Atasi masalah ruam selepas mencukur
Bukan sahaja menjadi pengurangan bau busuk yang datang dari badan, ia juga bagus digunakan selepas mencukur. Ini kerana tawas dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan mengurangkan keradangan yang boleh membuat ruam naik pada kulit.
3. Mengelakkan jerawat
Oleh kerana memiliki sifat astringen dan pembasmi bakteria, ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan kulit yang berminyak dan berjerawat. Tawas juga menjadi bahan produk mencerah kulit, namun tiada bukti yang dapat membuktikan keberkesanan bahan ini.
Sumber: Medical News Today
Artikel berkaitan: ‘Vampire Skin’ Obsesi Terkini TikTok, Begini Cara Melaksanakan Solekan Ini Ala Pro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kumpulan Kpop Terkenal, Red Velvet Buat Kejutan Muncul Dalam Filem Trolls World Tour!
Bakal muncul di pawagam seluruh Malaysia pada esok hari (12 Mac 2019), filem Trolls World Tour pastinya membuatkan anda semua terhibur dengan hidangan lagu-lagu menarik dalam filem ini.
Kali ini, pengembaraan Poppy (Anna Kendrick) dan Branch (Justin Timberlake) menjadi bertambah hebat apabila mereka menemui enam suku kaum Troll berbeza yang mewakili genre musik yang berlainan iaitu Funk, Country Tekno, Klasik, Pop dan Rock.
Namun, masalah mula melanda apabila kaum kerabat daripada kelompok hard-rock, Queen Barb (Rachel Bloom) bersama ayahnya, King Trash (Ozzy Osbourne) mahu menghancurkan segala jenis musik demi menghidupkan dunia rock.
Demi kebaikan semua, Poppy dan Branch bersama rakan-rakan mereka iaitu Biggie (James Corden), Chenille (Caroline Hjelt), Satin (Aino Jawo), Cooper (Ron Funches) dan Guy Diamond (Kunal Nayyar) bekerjasama bagi menyatu padukan seluruh Trolls untuk menentang Barb.
Sis dah tengok semalam. Memang best! Penuh dengan warna warni sangat filem ini. Yang lebih menarik, kumpulan kpop terkenal iaitu Red Velvet turut membuat kemunculan khas sebagai ‘kpop trolls’ dalam filem sekuel ini.
Oh ya! Jangan lupa bawa best friend anda sekali waktu menonton. Mereka pastinya akan terharu. Selamat menonton guys!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI