Pelbagai cara boleh dilakukan sendiri menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah atau sekitar kawasan kediaman. Misalnya, lulur badan atau muka. Ramai yang tahu, jika inginkan kulit yang mulus dan bebas cela, perlu rajin melakukan rawatan lulur sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dalam seminggu.
Jika inginkan kulit yang licin, bersih dan menawan, jangan culas untuk menjaganya dengan rapi. Tanpa perlu ke salun kecantikan pun kita masih boleh melakukan beberapa rejim penjagaan kulit agar kekal sihat, lembut dan glowing.
Cara penyediaannya juga mudah. Jika mahu menghasilkan sendiri lulur di rumah, boleh ikuti langkah mudah ditunjukkan oleh Sarifa Redzuan II . Petua menggunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Skrub Badan Rahmah, Kulit Auto Mulus Dan Glowing. Guna 4 Bahan Ni Jer!
Banyak manfaat kelapa ini antaranya;
- Haluskan kulit
- Lembapkan kulit
- Pelindung sinaran UV
- Cerahkan kulit
- Tanggalkan kulit mati
- Redakan masalah ke gatalan kulit
- Redakan masalah jerawat
- Pudarkan jeragat
- Anti penuaan
Sebab itulah kalau selalu amalkan, kulit akan nampak berseri, lembut dan gebu. Skrub ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bahagian badan tetapi juga kulit wajah.
BAHAN-BAHAN:
- 7 sudu besar hampas kelapa.
- Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit.
- 2 sudu besar gula biasa atau gula perang.
- 1 sudu besar garam halus.
- 2 sudu tepung beras.
1. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
CARA GUNA:
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
2. Kalau mahu kesan lebih baik, boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan skrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
4. Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan hampir 2 minggu kalau tidak di campur dengan air.
HIJABISTA: Penjagaan kulit wajah dan tubuh perlu dilakukan secara konsisten. Penggunaan bahan-bahan semula jadi lebih selamat dan menjimatkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Sarifa Redzuan II
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI