Baru-baru ini, penyanyi terkenal Indonesia Lesti Kejora mengumumkan berita gembira di mana dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Sebuah video yang dimuat naik di Instagram Lesti Kejora memaparkan detik ketika dia memberikan ‘hadiah istimewa’ berupa kit ujian kehamilan yang menunjukkan ‘dua garis’ kepada Rizky Billar sempena ulang tahun kelahiran suaminya itu yang ke-29.
“Di kesempatan ini, kami ingin menyampaikan sesuatu yang istimewa kepada peminat Leslar Lover,”
kata Lesti Kejora pada permulaan siaran seperti dilaporkan Kapanlagi, baru-baru ini.Saat itu Rizky Billar kelihatan sangat gembira lantas memeluk isteri tercintanya itu dengan penuh kasih sayang.
Berita gembira itu pastinya menggembirakan para peminat mereka. Lesti Kejora turut mendedahkan usia kandungannya ketika itu hampir mencecah tiga bulan.
PERNAH KEGUGURAN
Terdahulu, pada pertengahan 2023 Lesti Kejora pernah mengalami keguguran.
Suaminya mendedahkan, sekitar empat bulan sebelum itu Lesti Kejora pernah hamil. Namun, Lesti Kejora mengalami keguguran. Pun begitu, pasangan ini tetap bersyukur.
Justeru, pada kehamilan kedua ini Rizky Billar memohon doa agar isterinya sentiasa dalam keadaan sihat. Dia juga amat berharap agar Lesti Kejora dapat menempuhi fasa kehamilannya kali ini dengan baik tanpa sebarang halangan.
“Ya Allah, semoga kehamilan kali ini berjalan lancar dan bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat. Amin,” kata Rizky Billar.
Untuk info, Lesti Kejora dan Rizky Billar dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Levian Al Fatih Billar.
BACA JUGA: “Harap Menjadi Trendsetter” LESTI KEJORA Keluarkan Koleksi Fesyen Muslimah Sempena Ramadan & Syawal
BACA JUGA: Lesti Kejora Tampil ‘Versatil’ Dengan Balutan ‘Modest Hijab’ Meski Kini Bergelar Ibu Muda!