Biasanya bila ada serangga perosak, kita akan gunakan racun serangga untuk menyingkirkan serangga-serangga perosak walaupun kita tahu ada bahan kimia dalam racun tersebut.
Masalah ini tentu membuatkan kita rasa sedikit ‘frust’ kerana tanam-tanaman kita diserang serangga perosak. Memang situasi ini tidak dapat dielakkan namun bukan bermakna kita tidak perlu melakukan sesuatu.
Sebenarnya ada cara semula jadi yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan penggunaan racun serangga.
Berikut ENAM jenis tanaman penghalau serangga perosak semula jadi.
1. Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Pudina – hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia – Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang.
4. Bayam Duri – adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir2 kebun anda untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja – merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar – tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
1. Serai wangi
2. Daun kesum
3. Daun pandan
4. Kemangi
5. Bawang
6. Limau purut
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran anda atau tanamkan pokok-pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun anda.
Sumber kredit: Mahadzir Hashim
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.