Hukum melangsaikan hutang adalah wajib ke atas setiap penghutang. Hukum melambatkan atau menangguhkan pembayaran hutang bagi mereka yang berkemampuan adalah haram.

Perkara ini adalah seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ وَإِذَا أُتْبِعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِيءٍ فَلْيَتْبَعْ

Maksudnya: “Menangguh pembayaran (hutang) bagi orang yang mampu adalah kezaliman, jika salah seorang dari kamu memindahkan hutang itu pada orang yang kaya, maka terimalah ia (pemindahan hutang).” Riwayat al-Bukhari (2287) dan Muslim (1564)

Hajat Nak Bayar Hutang Tapi Tak Jumpa Pula Si Pemberi Hutang, Apa Yang Perlu Dibuat
Photo by peggy-anke from Pexels.

Bagaimanakah Nak bayar Hutang, jika Pemiutang Tidak Ditemui?

Soalan:

Jika berhutang wang dalam jumlah tertentu dengan seseorang, kemudian orang itu berpindah dan pelbagai cara dilakukan untuk mencarinya, namun menemui jalan buntu. Bagaimana cara untuk saya membayar hutang tersebut?

Ads

Jawapan Prof. Madya Dato Dr MAZA:

1. Jika seseorang berhutang dengan niat untuk membayar kembali dan tidak sengaja melewatkan pembayarannya maka dia tidak berdosa. Jika sebaliknya, iaitu sengaja melewatkan pembayaran padahal mampu sehingga pemiutang (pemberi hutang) berpindah, maka itu termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:

مَطْلُ الغَنِيِّ ظُلْمٌ

“Melewatkan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ads

Ertinya dosa tersebut akan dibawa pada Hari Kiamat sebagai satu kezaliman kepada diri pemiutang.

2. Jika seseorang ingin membayar hutang, tetapi tidak ditemui pemiutang, dia hendaklah berusaha semampunya untuk mencarinya. Jika dia telah usaha, tiada jalan untuk mengetahui di mana pemiutang itu, maka para ulama yang membahaskan bab ini mencadangkan untuk dia bersedekah dengan kadar hutang berkenaan. Pahala sedekah itu diniatkan untuk pemberi hutang.

Hajat Nak Bayar Hutang Tapi Tak Jumpa Pula Si Pemberi Hutang, Apa Yang Perlu Dibuat
Photo by polina-tankilevitch from Pexels.

3. Jika suatu hari, pemiutang datang menuntut hutangnya setelah sedekah dilakukan, maka orang yang berhutang boleh memaklumkan kepadanya bahawa jumlah tersebut telah disedekahkan.

Ads

Jika dia bersetuju dengan hal itu, maka hutang tersebut dianggap langsai. Jika dia tidak bersetuju dan menuntut kembali hutangnya, maka hendaklah dibayar kembali hutang tersebut. Adapun sedekah sebelum itu pahalanya kembali kepada pihak yang berhutang.

Sumber kredit: muftiperlis.gov.my dan Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan    Top image: Photo by peggy-anke from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI