Hafiz Mahamad merupakan usahawan kosmetik dan influencer media sosial yang mencipta kejutan untuk Aidilfitri. Dia sanggup menaja 10 bas yang akan membawa orang ramai pulang ke kampung halaman mereka.
Melalui hantaran di IG storynya, perkongsian Hafiz telah mencetuskan rasa sebak dan gembira kepada netizen.
Artikel Berkaitan : Diberi Lampin Susu Anak Waktu Sangkut Banjir, Kini Hafiz Mahamad Pula Hulurkan Bantuan
Sambutan orang ramai terhadap kempen nya itu sangat menggalakan , jadi Hafiz terpaksa menyediakan beberapa buah bas lagi sebanyak yang dia boleh.
“Sebelum ini saya cakap antara tiga hingga lima buah bas sahaja, tetapi selepas tanya pasukan saya, kami perlu menyediakan sehingga 12 buah bas disebabkan permintaan ramai.
“Kali ini saya terpaksa tutup (permintaan), niat saya memang mahu bagi paling maksimum, tetapi itu sahaja yang saya mampu, insya-Allah jumpa di perhentian bas Jumaat ini,” katanya.
Hafiz berkata setiap orang boleh mendapatkan sehingga lima tiket bas untuk pulang ke destinasi masing-masing membabitkan perjalanan ke utara dan pantai timur.
Pada hari Sabtu, bas akan bertolak pada pukul 9 malam dan mereka yang menaikinya perlu berjumpa di Depoh Kiffah Travel Sdn. Bhd di Kepong.
Dalam pada itu, orang ramai terus menzahirkan ucapan terima kasih kepada tajaan tersebut selain mendoakan usahawan itu akan terus dimurahkan rezeki.
Artikel Berkaitan : Usung Jenazah Selepas Solat Antara Hobi Hafiz Mahamad, Berhasrat Dikurniakan Rezeki Meninggal Di Tanah Suci!
Hafiz berkata dia akan ke stesen bas lama bersebelahan stadium Shah Alam untuk melihat keadaan.
Tambahnya lagi, beliau berharap semuanya berjalan lancar dan penumpang dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan menyambut Raya bersama keluarga tercinta.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Farah Lee Kongsi Cara Didik Anak Cintai Al-Quran Sejak Dari Kecil
Memang impian setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka menjadi insan yang soleh,bijak dan pintar. Rata-rata ibu bapa akan mendedahkan anak mereka kepada pelbaga perkara sejak dari kecil lagi kerana pada waktu inilah minda mereka sedang berkembang.
Seperti yang dikongsikan oleh Farah Lee, dia telah berkongsikan mengenai caranya mendidik anak kesayangannya iaitu Maream Esabel supaya mencintai Al-Quran sejak dari kecil yang boleh cuba diamalkan oleh para ibu bapa. Mari kita baca perkongsiannnya.
Esok exam hafazan be like ?Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1-6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts ?Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha ?But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well ☺️ Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa ? So basically :1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : al-Fatihah, ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , al-Hasyr 21-24 (ruqyah), ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), an-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah)+ mana2 ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang2 dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak2 selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah 'Semut berkawad satu satu horaa horeyy' tak.? ? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa ? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu ?3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak2 omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat2 boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM ? Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya ? Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi ?4. In between Maghrib dan Isya' kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ? ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat2 tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, "You are what you eat". Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat ?7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lelebih ? Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih ?Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ❤️ #ommabebel[TB2years7months] #mareamesabel
Posted by FarahLee on Thursday, 13 July 2017
Farah cuba membuat eksperimen melalui pembacaan,pemerhatian, keinginan dan logik akal.
Esok exam hafazan be like Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1-6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts
Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa
So basically :
1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran
2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : al-Fatihah, ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , al-Hasyr 21-24 (ruqyah), ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), an-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah)+ mana2 ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang2 dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak2 selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak.?
View this post on InstagramA post shared by F. L. (@farahlee_) on
Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa
? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu
3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak2 omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat2 boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi 4. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time.
5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat2 tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je.
6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat.7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)
So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lelebih.
Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih
Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal
❤️ #ommabebel
[TB2years7months] #mareamesabel
kredit : Instagram @farahlee, Facebook Farah Lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jumpa JODOH ‘Time’ Kerja Rumah Orang Kahwin, Lelaki Ini KONGSI Di Twitter Cara Pikat Gadis Idaman. So SWEET!
Kata orang jodoh itu tak kemana. Kadang-kadang jenuh menunggu, alih-alih rakan sekolah lama yang jadi imam kita. Jodoh, ajal dan rezeki itu semua urusan Allah. Seperti perkongsian di ama twiteer di mana lelaki ini memberitahu jodohnya hadir ketika dia sedang berurusan dengan satu klien. Perkongsiannya ini mendapat respon positif yang baik dari netizen dengan mendapat sebanyak 17K retweet dan 12K like. Pasangan itu kini sudah melangkah ke fasa pertunangan dan akan mengakhiri hubungan itu dengan hubungan halal nanti.
Lelaki ini bertemu tunangannya (kini) ketika sedang membuat sesi fotografi dengan salah seorang klien. Tunangnya itu merupakan kawan kepada kliennya itu.
Tetapi tidak mudah untuk mendapat respon gadis idamannya. Tunangnya itu jual mahal pada mulanya. Percubaan gagal untuk kali pertama.
Terpaksa bagi alasan bluetooth rosak.
Tetapi tidak berputus-putus. Pencarian dimulakan di laman instagram. Send request dan lama juga barulah dia accept. Terus pasang ayat baik punya.
Sebelum itu cuba luaskan pengaruh. Sempat curi-cuti berbual dengan ibunya.
Tapi sebelum dapat, pernah kena reject.
Yang sweetnya, ada juga netizen minta tip dari lelaki ini. Siap mintak tutorial.
Memang sangat sweet membaca tread ini. Kata orang jika mahukan sesuatu kena berusaha dan jangan berputus asa. Begitu juga soal jodoh. Jika tak mahu si dia diambil orang, cepat-cepat usahakan supaya kita dulu jadi yang pertama singgah di hatinya.
Admin doakan pasangan akan cepat mendirikan rumah tangga. Hubungan yang halal itu lebih manis dan nikmat yang paling indah.
SUMBER: SYAQIRRUKIMIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramadan Kali Ini Berbeza, Kalau Dulu Ada Suami Boleh Fikir Juadah Apa Untuk Berbuka” – Luahan Hati Intan Liana
Kehadiran Ramadan memang disambut penuh kegembiraan oleh setiap insan. Malah inilah masalah untuk kita berkumpul berbuka puasa bersama insan tersayang. Tetapi tidak bagi personaliti Intan Liana Saleh yang menganggap Ramadan kali ini agak berbeza seperti sebelumnya. Tiada lagi permintaan dari seorang suami untuk minta itu dan ini tatkala berbuka puasa.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama macam biasa kecuali kelainan tiada suami di sisi.
“Ramadan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami, tetapi kali ini hanya akan fikir untuk diri saya dan anak-anak.
“Buat masa ini Intan kena kerja lebih kuat untuk menyara keluarga. Apa sahaja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi,” ujar Intan ketika ditemui di majlis pelancaran Inner Sejuk baru-baru ini.
Intan juga turut mengakui kehidupan yang dilaluinya kini perlu diteruskan macam biasa. Walaupun agak sukar tapi dia mendapat sokongan ahli keluarga yang menjadi kekuatannya selama ini.
“Keluarga banyak bantu saya terutama berdepan saat sukar. Sekarang ini kalu saya kerja pun akan bawa anak kerana tidak ada yang menjaga mereka.
“Tambahan pula anak kedua masih kecil dan menyusu badan. Tidak terfikir untuk tinggalkan anak-anak dengan ‘baby sitter’ kerana mereka tak pernah berenggang dengan Intan. Oleh sebab itu Intan akan terima kerja jika dibenarkan untuk membawa anak,” jelasnya lagi yang selesa lihat anak membesar di depan matanya.
Menurutnya juga ada masanya anak-anak terutama yang sulung akan diambil oleh ayahnya. Walau apa perkara Intan tidak berhasrat untuk menjarakkan hubungan anak beranak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI