Canang kemewahan di media sosial, pempengaruh beri perspektif berbeza pada orang ramai. Hafiz dan Aina antara pempengaruh yang mempunyai pengikut ramai sehingga kini mempunyai legasi yang masih utuh dan mempunyai strategi tersendiri.
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.
“Mereka mungkin telah diberi latihan dan pendekatan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki, malahan gaya hidup mereka juga penting untuk menarik perhatian orang di luar sana untuk mengikutinya, berbeza dengan pendekata kami berdua dahulu,” ujarnya.
Manakala Hafiz mempunyai padangan yang berbeza, mereka ini terdiri dari dua golongan, bahawa influencer itu sendiri mungkin mempunyai kehidupan sebegitu dan kedua bergantung juga pada penerimaan orang sekeliling.
“Zaman sekarang tidak pernah lari dari kemewahan yang ditayangkan di media sosial, gaya hidup, travel, makan dan media sosial adalah salah satu platform yang mendidik generasi sekarang. Oleh itu kitalah yang berperanan mendidik masyarakat untuk lebih bijak menilainya,” kongsinya lagi dalam majlis Briefing & Chillin’ With AINAA di Mariott Putrajaya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘It’s A Nightmare!’- Mahu Lupakan Kisah Disihir, Syafiqah Aina Mohon Maaf Pada Yang Kurang Senang
Hafiz antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 akui dia juga melalui proses memantangkan diri sebagai seorang pempengaruh. Begitu juga mereka generasi baharu, dalam proses untuk berada peringkat yang mereka ingini, pelbagai strategi pemasaran di lakukan mengikut kehendak semasa.
Walaubagaimanapun perubahan itu akan berlaku setelah mereka sedar untuk berada untuk terus relevan di dalam industri pasti memiliki kebijaksanaan. Proses ini juga mengajar mereka menjalaninya dengan jaya walaupun perjalanan kematangan itu tidak semuanya yang indah-indah berlaka.
Hafiz dan Aina gemar berkongsi cerita realiti sebenar kehidupan mereka, tidak pula ingin mereka di luar sana untuk mengikutinya seratus peratus. Tidak terlepas dari kencaman pasangan ini tidak pernah melatah malah anggap itu satu pengajaran dan lebih berhati-hati dalam sesebuah perkongsian di media sosial.
Tiada apa yang lebih membahagiakan pasangan ini apabila mendengar luahan orang sekeliling dan dapat membantu mereka adalah satu pembayaran balik atas doa dan sokongan mereka terhadapa kejayaan mereka di tahap ini.
Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mendedahkan ramai individu dalam kalangan anak muda berusia bawah 25 tahun terbelenggu dengan hutang yang mencecah hingga jutaan ringgit. Jelas pengasas produk kecantikan Ainaa Beauty ini, kebanyakan anak muda terpengaruh dengan janji manis dan terjebak dengan sistem pengurusan syarikat tertentu yang secara tidak langsung memperalatkan mereka.
Tambah Hafiz, dia dan pasukannya sering dipertemukan dengan anak-anak muda yang meminta bantuan untuk keluar dari kesempitan dan hutang. Malah, ada yang pernah tersilap langkah merancang ekonomi sehingga terikat dengan hutang dan pinjaman tidak bertauliah serta menjadi mangsa diperalatkan oleh pengasas produk tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Hargai Staf, Insafamous Syafiqah Aina Borong Handbag Berjenama Khas Buat Semua Stafnya
“Ramai anak muda berhenti berniaga, tak berjaya dan dikelilingi hutang. Ada yang dah bankrap di usia muda. Yang datang pada kami sampai ratus ribu hutang, mereka diajar berhutang dengan ah long!
“Kalau selama ini kita mendengar orang yang meminjam ah long berumur 30 tahun ke atas, tapi sekarang ni apa komitmen hidup mereka golongan muda untuk berhutang dengan ah long?
“Adakah mereka berkeluarga? Susah? Tidak… mereka masih belajar.
“Ini bermakna mereka dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah,” jelasnya lagi.
Justeru kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ berobjektifkan untuk memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.
Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.
Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya serta dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.