Al-Quran merupakan satu panduan hidup buat umat Islam untuk mempunyai satu landasan yang benar. Ternyata, Al-Quran juga merupakan perantara terjadap suruhan Allah SWT kepada umatnya.
Baginda nabi Rasulullah SAW telah menerima al-Quran al-Karim dan menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS serta ditanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang akan di jaga hingga ke hari kiamat.
Justeru, umat Islam dianjurkan untuk mendampingi kitab suci ini dengan membacanya sebagai amalan harian kerana ia mempunyai banyak fadhilat jika seseorang itu beriman kepada Al-Quran sepertimana hijabi yang dikenali sebagai Dian Karisma Mohd Japar agau lebih mesra disapa sebagai Dian.
Dian Mengaji 12 Hingga 15 Juzuk Untuk Baiki Hafazan!
View this post on Instagram
Meski baru berusia 18 tahun, Dian mendedahkan bahawa dia menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan mengaji sebanyak 12 hingga 15 juzuk setiap hari untuk memperbaiki bacaan hafazanya untuk bertanding dalam acara hafazan Al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 baru-baru ini.
Hijabi yang berasal dari negeri di bawah bayu ini berkata, tujuan dia melakukan demikian adalah untuk mengekalkan dan melancarkan hafazan yang dilakukan. Malah, Dian juga sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada gurunya supaya ia dapat diperbaiki.
“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari.”
“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur.” katanya lapor portal berita AlHijrah Online.
Artikel berkaitan: OKU Penglihatan Tak Halang, Qayyim Dinobatkan Sebagai Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023!
Lebih mengagumkan Hijabista, apabila Dian menjelaskan bahawa dia sudah mulai menghafaz Al-Quran sejak di bangku sekolah rendah pada darjah tiga lagi, iaitu ketika dia berusia 9 tahun.
Dian mula menghafaz Al Quran sejak di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan Al-Quran sepenuhnya iaitu sebanyak 30 juzuk.
“Hafal darjah tiga, khatam pada 2018 dan saya mengambil masa dalam lima tahun untuk melengkapkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Al-Faizin,” ujarnya.
Semoga kita semua direzekikam oleh Allah SWT untuk rajin menghafaz Al-Quran dan menjadikanya sebagai pedoman serta teman karib sepanjang kehidupan!
Sumber: Al Hijrah Online
Artikel berkaitan: Ramai Selebriti Sambut Baik Program ini, Bentuk Karakter Dan Akhlak Melalui Al Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI