Bagi anda, apakah yang membuat seseorang itu tertarik dan mula rasa sayang kepada seseorang? Adakah dengan melalui cara bercakap, nada suara, atau pemberian dari mereka?
Jawapannya tentu sekali subjektif–apa-apa yang setiap individu rasa itu berbeza. Jadi banyak juga perkara yang boleh menimbulkan rasa kasih sayang terhadap seseorang.
Artikel berkaitan: Pencerahan Tentang Kelebihan Dan Amalan Dalam Bulan Rejab Serta Hadis Palsu
Sumber dari Canva
Setiap individu ada cara mereka untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada seseorang. Ianya semua berpandu pada kaedah mereka bersosial dan niat untuk bergaul dengan orang lain.
Ada juga pernah disebut mengenai amalan yang boleh menimbulkan rasa kasih sayang. Ia dinyatakan melalui sebuah hadis yang berbunyi seperti berikut:
“Tiga perkara yang akan memurnikan buatmu kasih sayang saudara kamu: Kamu memberi salam kepadanya apabila berjumpa dengannya, kamu melapangkan ruang buatnya dalam majlis, dan kamu memanggilnya dengan nama yang paling dia sukai.”
Namun, sudut taraf hadis itu sendiri dinyatakan oleh Syeikh Mashhur bin Hasan Al-Salman melalui kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu, ia berstatus munkar. Ia tidak bersandarkan dengan kata-kata Nabi SAW.
Walaupun begitu, ketiga-tiga amalan yang dinyatakan dalam hadis munkar
itu tidaklah bercanggah dengan saranan Allah SWT dan rasulNya. Dari segi agama juga menganjurkan untuk memberi salam, membalas salam dengan ucapan yang penuh. Selain itu, ada juga larangan tegas tentang perbuatan yang mencela atau memanggil seseorang dengan nama yang tidak disukai.Ada juga hadis lain yang lebih sahih dengan isi kandungan yang membawa mesej yang sama, ia berbunyi seperti ini:
“Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”.
[Riwayat Muslim, no. 81]
Menyantuni sesama sendiri dengan sapaan salam adalah mendoakan mereka dalam keadaan sihat sejahtera. Ia juga menjaga perhubungan kita saudara sesama Islam. Malah, dari sinilah munculnya rasa kasih sayang yang semakin tersemai dalam kalangan umat Islam.
Sumber: TZKRH.com
Artikel berkaitan: Usah Sebar Kelebihan Solat Tarawih Ikut Malam, Ia Hadis Palsu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.