Sebelum ini, nama pengacara dan pelakon popular, Nurul Jannah Muner atau lebih senang disapa sebagai Janna Nick menjadi bualan kerana menggayakan busana seksi persis model dalam satu acara karpet merah.

Terbaharu, namanya sekali lagi menjadi sorotan wargamaya apabila tampil manis dan anggun mengenakan hijab ketika menghadiri satu majlis ilmu agama (Usrah) bersama seorang lagi rakan selebriti, Kilafairy.

Nampak Lain Muka Janna Bila Bertudung!

Hadiri ‘Usrah’ Bersama Kilafairy, Penampilan Janna Nick Bertudung Litup Jadi Sorotan!

Perkara berkenaan telah berjaya mencuri perhatian warganet sebaik sahaja Janna berkongsikan satu video, memaparkan dirinya menghadiri usrah berkenaan. Hijabista difahamkan majlis usrah tersebut dianjurkan oleh aktress jelita, Izara Aishah dan suami Adib khalid di kediaman mereka.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat penampilan Janna Nick yang cukup anggun, jelita dan sopan ketika mengenakan hijab lengkap, bersama Kilafairy yang sememangnya memukau sejak memutuskan untuk bertudung.

@jannanickofficialNatural beauty…..aderrrrr♬ original sound – Hira Mustafa

Ads

“Natural beauty..Aderrr”, tulis Janna ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan yang dimuat naik di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Malah, lebih menarik lagi apabila dalam video berkenaan ketika kedua-dua selebriti itu sedang ‘berposing’, di belakang mereka lalu dua turut figura berpengaruh, iaitu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Tokti) dan suaminya, Dato’ Khalid Mohammad Jiwa (Dato’ K).

Artikel berkaitan: Hadir Majlis Ilmu Di Masjid, Penampilan ‘Patuh Syariah’ Wan Sharmila Bikin Netizen Cair!

Ads

Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata netizen memberikan maklum balas positif dan memuji-muji kecantikan rupa paras Janna apabila berhijab. Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista.

“MasyaAllah suka tengok Janna Nick pakai macam ni. Saya doakan semoga satu hari nanti Janna terbuka memakai hijab. Memang cantik sangat-sangat memang nampak lain muka”, ujar warganet.

“Lawa pakai tudung dan makeup camtu. Dua-duanya lawa”, kata netizen.

Ads

“Aku ingat kan tudung hitam tu Kylier Janner”, tulis wargamanya.

Sumber: Tik Tok Janna Nick

Artikel berkaitan: Anggun Berhijab Ajar Qari & Qariah Teknik Pernafasan Tarannum, Penampilan Syafinaz Selamat Buat Netizen Terpaku

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI