Selepas Haqiem Rusli, ramai lagi selebriti lain yang turut mendedahkan berdepan masalah kemurungan. Salah seorang adalah pelakon jelita Hanez Suraya yang pernah mengalami kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertama tiga tahun lalu. Sebaik melahirkan, perlahan-lahan tahap kebimbangan terhadap sesuatu perkara makin kronik. Namun tidak terus duduk diam, Hanez segera merawatnya dan salah satu dengan menyertai kelas agama anjuran Mental Illness Awareness & Support Association (Miasa) Malaysia.

 


“Saya mula dapat tahu adanya masalah ini (anxiety) apabila berkongsi keresahan di laman instagram di instastory.

“Tak sangka pulak lepas kongsi ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami turut atau pernah alami anxiety. Saya tidak keseorangan dan ada yang berikan tip serta kongsi pengalaman.

Ads


“Kemudian saya mula banyakkan pembacaan mengenai permasalahan tersebut termasuklah berhubung dengan organisasi berwajib iaitu Miasa.

“Saya kemudiannya menyertai kelas anjuran Miasa dan saya dapati segalanya semakin beransur pulih. Kelas berkenaan saya didedahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti mengaji serta tazkirah bersama-sama golongan berfikiran positif,” ujarnya ketika ditemuinya di majlis pelancaran ubat Gigi Aurawhite semalam.

Ads


Bercerita pengalamannya berdepan masalah ini, Hanez berkata sampai satu tahap dia berasa paranoid untuk lakukan macam-macam perkara.

“Misalnya saya takut nak makan ayam. Lebih Teruk sebelum makan saya sempat ‘google’ kandungan dalam majaban kerana was-was dan bimbang andai ia boleh berikan mudarat kepada badan. Ketika itulah berat badan saya turun mendadak.

Ads

“Malah kalau ada rakan media yang bertemu saya pada fasa tersebut, saya kurus sebab itulah. Malah isu berat badan yang mulai timbul saya juga sudah rasa tidak senang untuk keluar rumah. Nak memandu pun takut,” katanya kepada Media Hiburan.


Menurutnya juga perasaan atau gejala anxiety ini harus dilawan. Pesannya juga seseorang itu kena kuat dan terus melangkah jika berdepan masalah ini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HANEZ SURAYA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI