Namanya pernah menjadi sebuan peminat apabila membintangi drama televisyen kontroversi Nur, dimana Amyra Rosli ditugaskan menggalas watak sebagai anak kepada seorang pelacur lorong gelap.
Malah, dek kerana kecantikan aktres Amyra Rosli sememangnya diketahui ramai dan tidak disangkal lagi. Memiliki pesona dan aura tersendiri, dengan sikapnya yang mesra, rendah diri dan penuh kelembutan.
Dari seorang pelakon, bakat nama Amyra Rosli kini terus kekal menyinar sebagai pengacara rancangan berprestij NONA yang ditanyangkan oleh Media Prima Berhad menerusi saluran TV3.
Terpukau Lihat Kejelitaan Amyra Rosli! Tutup Litup Bertambah Cantik
Terdahulu, kehadiran isteri kepada aktor Amar Baharin ke sebuah majlis ilmu nyata menarik perhatian para tetamu dan peminat setia.
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial miliknya, Amyra yang anggun mengenakan persalinan jubah rona Aqua cukup manis dipandang.
Sekaligus menyerlahkan sisi elegan dan perwatakan wanita muslimah sejati.
Ads
Yang pasti, foto yang dimuat naik itu mendapat pujian ramai. Bukan hanya terpesona dengan kecantikan Amyra bahkan mereka turut menyenangi perwatakan jelitawan tersebut yang berbudi pekerti tinggi.
Kongsi Amyra dalam gambar berkenaan, “She’s imperfect but she tries. Thank you kak Umie Aida bagi peluang sebaris dengan insan-insan hebat. Banyak perkongsian yang dapat Myra manfaatkan daripada majlis ilmu ni. Alhamdulillah.”
April lalu, ibu dua anak ini turut mendapat tumpuan masyarakat apabila berusaha keras menyiapkan kediaman ibu bapa yang ditipu sebuah syarikat hiasan dalaman. Difahamkan Amyra membayar sejumlah besar wang kepada syarikat terbabit namun tiada tindakan susulan dibuat.
Ads
Bagaimana pun niat untuk membahagiakan ibu bapa menjadi realiti apabila syarikat hiasan dalaman terkenal iaitu Lentera Creative Home sudi membantu.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli kini meniti usia 32 tahun dan merupakan seorang anak seni berjaya.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Jurusolek popular, MUA Bellaz atau nama sebenar Nur Nabilah Zulyadainimenzahirkan rasa syukur diatas peluang yang diberikan kepadanya untuk menjalani ibadah umrah bersama-sama dengan keluarga tercinta dan teamnya.
Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram miliknya, Bellaz menyatakan bahawa ibadah umrah kali ini lebih istimewa bukan sahaja diberikan kesempatan untuk membawa anak-anak kecilnya malah dia dan suami turut berpeluang membawa keseluruhan team Bellaz Beauty HQ.
Ia merupakan impiannya dan suami sejak dari dahulu lagi. Akhirnya tahun ini, impian jadi kenyataan.
Alhamdulillah, Bellaz datang bersama suami dan anak-anak. Lepas tu, memandangkan datang sini, saya dan suami memang niat dalam hati nak bawa ke semua team Bellaz Beauty HQ ke sini. Impian saya dan suami nak bawa mereka Alhamdulillah tercapai.
Tambahnya lagi, teamnya terkejut apabila diberitahu bakal menunaikan ibadah umrah bersama-sama serta turut berasa sebak seolah-olah tidak percaya dapat peluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah.
Semua pakat terkejut sebak. Semua tak percaya mereka jejak ke sini.
Kongsi Bellaz, ia merupakan sebuah hadiah dan simbol sebagai membalas jasa baik merekayang tidak berkira tenaga dan keringat demi untuk memajukan perniagaannya selama ini bersama-sama.
Dalam masa yang sama juga, Bellaz menyimpan hasrat untuk membawa pengikut-pengikutnya sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas.
Hantaran yang dimuat naik oleh Bellaz itu mendapat pujian dari netizen dan sehingga kini, ia sudahpun mendapat lebih 40 ribu tanda suka. Rata-rata netizen turut terharu dengan kerja amal yang dilakukan oleh jurusolek dari utara itu.
“Semoga dipermudahkan buat Bellaz,” komen Suhaib Daud.
“Allah..Moga bertambah rezeki..Amin,” komen Idayu Rosli.
“Alhamdulillah syukur. Semoga mendapat umrah yang mabrur dimurahkan rezeki Bellaz, suami dan keluarga,” komen Shasha Ayob
Team Hijabista juga mendoakan agar perjalanan umrah Bellaz sekeluarga bersama dengan teamnya berjalan lancar dan mendapat umrah yang mabrur! InsyaAllah!
“Sayangilah diri ini, belailah jiwa nan sepi kelayuan.. Dedaunan keguguran, dahan nan kerapuhan.. Bunga-bunga cinta layu di pusara..”
Pasti hijabi semua tidak asing lagi ketika mendengar bait-bait lagu berjudul ‘Bunga-Bunga Cinta’ yang satu ketika dahulu melonjakkan nama dan populariti pemilik nama Misha Omar atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch ini.
Siapa sangka penyanyi bersuara mampan dan vokal yang padu ini, kini sudahpun menjangkau usia 41 tahun. Ketika ditemui Hijabista pada sebuah majlis di ibu kota. Hijabista sempat bertanyakan apakah resolusi kak Mitch di usia 40-an.
Di Usia 40-an Misha Omar Akui, Kini Lebih Titikberatkan Kesihatan!
Menurut Misha, apabila usia semakin meningkat, antara cabaran yang paling getir baginya adalah untuk mengawal berat badan sendiri. Misha akui bahawa sukar baginya untuk memastikan berat badan nya kekal seperti yang diingini.
“Umur 40-an sendiri mau ingat ya, umur 40 an cabaran dia adalah berat badan! Badan kak Mitch dia macam tak dengar cakap aku dah. Jadi cara-cara dia adalah, kita kena buat sesuatu supaya badan kita dengar cakap.
“Dan pada saya, yang paling penting adalah kesihatan,” katanya.
Tambahnya lagi, kesihatan merupakan perkara utama bila usia meningkat. Ini kerana, kesihatan memainkan peranan penting. Terutamanya sebagai seorang ibu, dia merupakan tonggak utama dalam institusi keluarga. Misha akui dia perlu kekal fit, untuk menguruskan keluarga iaitu suami dan anak-anaknya.
Justeru, mengawal berat badan agar sentiasa ideal adalah penting. Sebagai seorang wanita, tidak boleh terlalu gemuk atau terlalu kurus. Sebaik-baiknya setara dengan BMI masing-masing.
“Kita tak nak juga terlalu kurus sangat, nanti tiada tenaga. Tak larat nak buat kerja rumah. Nak angkat anak kalau dia mengamuk tak nak masuk rumah atau terlalu gemuk kerana payah untuk bergerak.
“Jadi untuk memastikan semua tu berjalan lancar. Kita perlu pastikan dan jaga kesihatan sebaiknya, luar dan dalam. Sebab lepas pandemik mental health kita dan semua orang akan terkesan. Jadi pada saya yang paling penting jaga dalam dulu, ia akan terpancar di luar,” tegasnya.
Tinggal beberapa hari lagi masyarakat Cina akan makan besar sebelum menyambut hari kebesaran mereka. Dan pastinya hidangan utama selain yee sang atau kuih bakul adalah limau mandarin.
Memanglah sedap menikmati limau mandarin yang banyak air, tetapi buah ini sering dikaitkan dengan gejala sakit tekak hingga boleh mengakibatkan demam ataupun batuk. Sebenarnya buah kecil ini mengandungi vitamin C yang elok untuk kesihatan kulit. Bukanlah kata tak boleh makan tetapi ada cara tertentu. Ikuti perkongsian Doktor ini caranya mahu mengelak gejala sakit tekak.
Perkongsian menarik dari Doktor Rosli Abd Jalil ini mendapat hampir 4,000 butang share dari netizen. Dalam posting di laman sosial facebook ini turut memuatkan satu video bagaimana caranya dilakukan pekerja bagi memastikan limau ini tahan lama.
Semoga info daripada beliau ini memberi manfaat kepada penggemar limau mandarin yang hanya akan dijual dalam kuantiti banyak ketika di musim perayaan tahun baru Cina.
Kaya Dengan Vitamin C
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Kesan Bahan Kimia
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.
Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat dimusim perayaan’ ini ditulis oleh:
DR ROSLI ABD JALIL.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...