Menghadiri sebarang majlis ilmu adalah amat dituntut di dalam Islam, hingga Rasulullah SAW bersabda barangsiapa dikalangan umatku yang menghadiri majlis-majlis ilmu itu, umpama mereka berada di dalam taman-taman syurga di atas muka bumi ini, dengan dilimpahi rahmat dari Allah SWT.
Baru-baru ini penampilan menakjubkan pelakon jelita, Wan Sharmila yang menggayakan pakaian ‘patuh syariah’ ketika menghadiri majlis ilmu di salah sebuah Masjid di sekitar Shah Alam telah berjaya mempersona wagamaya sehingga ada yang mengakui cair! Saat melihat figura jelita itu menutup aurat dengan sempurna.
Netizen Cair Lihat ‘Pesona’ Wan Sharmila Tutup Aurat Dengan Sempurna Demi Hadir Ke Majlis Ilmu!
@wansharmilalala Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu. Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.♥️ Outfit : @Sharkha ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman
Terbaharu, satu video tular di laman sosial memaparkan Wan Sharmila yang menutup aurat dengan sempurna untuk menghadiri majlis ilmu berjaya meraih perhatian warganet.
Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu terlihat manis dan ‘sejuk mata memandang’saat menggayakan tudung litup lengkap dengan gandingan jubah longgar dan niqab.
Hijabista difahamkan bahawa pelakon cantik itu, berpakaian sedemikian kerana ingin menghadiri satu majlis ilmu, dimana video berkenaan turut memaparkan Lala dengan latar belakang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.” tulis Lala ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Penampilan Lala yang luar biasa cantik di saat mengebakan tudung litup membuatkan ramai peminat dan wargamaya meluahkan rasa teruja sebaik sahaja menyaksikan penghijrahan dan perkembangan positif Lala dalam video tersebut. Malah, muatnaik video berkenaan kini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 70 ribu likes.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, dimana rata-rata warganet akui jatuh cinta dan cair saat melihat penampilan aktress kegemaran mereka kini.
Ads
@wansharmilalala Jangan menilai apapun dari luaran. Bertutup tak semestinya baik. Yang terdedah tak semestinya buruk. Sentiasa belajar untuk dekatkan diri pada-NYA . Jom! 🖤🖤 #wansharmila Outfit Lala : @Sharkha ♬ Yasir Lana – Ai Khodijah
Lebih menarik lagi, ada yang terinspirasi hingga mahu menjadikan lala sebagai role-model dan idola. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran tersebut:
“Bila dapat tahu Sharmila in reality macam ni..Jadi suka kat dia. Sbb dalam lakonan personality dia lain”
Ads
“Alhamdulillah banyak sudah artis2 pintu hatinya dibuka oleh Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kuat istiqomah Lala”
“Kita yang pompuan pun tengok camni leh cair..Jatuh sayang kat Wan Sharmila..Sejuk je hati tengok dia”
Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Kisah 20 orang penghidap obesiti jadi sumber inspirasi
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
4 bulan terawal tempoh yang menyakitkan!
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat.Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Suku-suku separuh
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran.Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Dari 1 km kepada 20 km!
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini.Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”.Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Diet dan bersenam untuk sihat bukan untuk kurus
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
Buat untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
Setkan matlamat anda dan sentiasa mencari punca untuk membakar semangat anda!
Menurunkan berat badan bukan hanya pada senaman. Itu hanyalah 20 peratus sahaja. Selebihnya pada pemakanan yang menyumbang sebanyak 80 peratus!
Perjalanan anda berbeza dari orang lain. Jadi, usah bandingkan diri anda dengan orang lain!
Slowly but surely! Apa yang penting ialah tahap konsisten anda!
Biarkan orang mengkritik anda kerana mereka tidak tahu apa yang anda ingin capai. Diam sahaja dan teruskan usaha untuk mencapai misi anda!
Usah paksa diri. Lakukan mengikut tahap kemampuan diri!
Jangan takut untuk mencuba, jangan pula malu untuk bertanya. Pepatah ada mengatakan, malu bertanya maka sesatlah jalan.
Pastikan anda rekod setiap kejayaan yang dicapai setiap masa. Itulah kunci pembakar semangat yang sebenar.
Jangan cakap “Boleh ke?” tetapi tanamkan “Mesti boleh punya”!
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mutiara melambangkan status bergaya dan ikonik seperti wanita. Ahh persis Coco Chanel, yang tidak pernah dilihat tanpa seutas mutiara dalam gaya, atau Carrie Bradshaw dalam “Sex and the City.” Pernah menjadi simbol diraja, mutiara palsu atau semula jadi, kini tersedia kepada sesiapa sahaja yang ingin menambah gaya klasik pada ensembel mereka.
Seutas mutiara ialah barang kemas elegan yang boleh dipadankan dengan sempurna dengan gaun paling elegan atau pakaian kasual anda yang paling ringkas. Mengetahui cara memakai mutiara adalah kuncinya, dan prinsip utamanya ialah mengekalkan rupa yang mudah.
Memakai mutiara untuk majlis rasmi
Pakai rantai mutiara yang ringkas untuk majlis rasmi.
Anda perlu mengekalkan penampilan yang ringkas dan elegan. Padankan rantai mutiara dengan sepasang anting-anting mutiara yang sepadan atau cincin mutiara. Kalung itu harus menyerlahkan, bukan mengalahkan, rupa anda. Ini boleh dicapai dengan mudah dengan untaian mutiara yang pendek dan ringkas.
Kalung mutiara dipadankan cantik dengan blaus chiffon.
Boleh juga pakai untaian mutiara yang panjang dengan jumpsuit yang elegan.
Pertimbangkan untuk memakai mutiara anda dengan gaun hitam dengan garis leher tinggi untuk penampilan klasik dan abadi.
Jika anda memakai hijab pilih gaya tudung yang boleh digayakan dengan sepasangan anting-anting mutiara.
Padanan kalung mutiara dengan gaun hitam.
Tiada yang lebih klasik daripada gaun hitam untuk majlis rasmi. Gandingkan dengan sehelai mutiara putih untuk rupa yang digilap. Elak rekaan helaian yang yang melampau bagi tidak tergelamkan rantai di leher anda.
Pakai gaun balutan hitam dengan untaian pendek mutiara untuk penampilan yang bergaya dengan mudah.
Pakai gaun koktel hitam dengan beberapa utas mutiara berlapis panjang untuk penampilan yang bergaya bagi yang berhijab.
Simpul separuh bahagian bawah rantai anda.
Pegang helai dengan kedua-dua tangan pada kedua-dua hujung helai. Gerakkan tangan bukan dominan anda ke sepertiga bahagian bawah rantai. Balutkan mutiara di sekeliling tangan anda yang tidak dominan supaya terdapat gelung dengan bukaan. Tarik hujung bertentangan mutiara melalui bukaan. Perlahan-lahan ketatkan simpulan. Jangan tarik helai dengan banyak tekanan atau anda akan berisiko memecahkan rantai anda.
Untuk untaian mutiara yang lebih panjang, sekurang-kurangnya 30 inci (76.2 sm) atau lebih panjang, pertimbangkan untuk mencantumkan helai di sekeliling bahagian bawah rantai. Ini akan menambah sentuhan bergaya.
Lapisan ratai mutiara.
Beberapa helai mutiara harus dipakai dengan pakaian yang elegan tetapi bersahaja atau anda akan mengambil risiko mengganggu orang lain dengan penampilan “sibuk” anda dan menjejaskan keindahan mutiara. Jika seutas rantai anda cukup panjang, putarkannya sekali sebelum meletakkannya di atas kepala anda untuk membuat gelung tambahan. Ini akan memberikan ilusi bahawa terdapat dua utas, walaupun anda hanya memakai satu.
Pakai pakaian yang berwarna pejal. Elakkan cetakan sibuk atau “keras”, kerana ini akan mengalihkan perhatian orang lain daripada melihat keindahan mutiara anda.
Padankan rantai leher berlapis dengan gaun atau blaus yang ringkas; tiada ruffle, hiasan atau reka bentuk. Cuba baju berbutang dan seluar panjang atau pakaian dengan garis leher yang ringkas.
Padanan mutiara dengan helaian kasual
Pakai baju sejuk atau blaus dengan mutiara yang dijahit ke dalam kain.
Mutiara telah menjadi agak bergaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sering dijahit menjadi fabrik untuk mencipta suasana bergaya. Sesetengah baju sejuk kelihatan lengkap dengan hiasan mutiara dan ada yang hanya beberapa sahaja yang digabungkan ke dalam reka bentuk mereka.
Padanan helaian dengan potongan bertatah mutiara akan memberikan mana-mana pakaian keanggunan tanpa susah payah.
Buat kenyataan pada acara seterusnya dengan pakaian atau kasut bertatahkan mutiara.
Memilih gelang atau cincin mutiara boleh melengkapkan baju sejuk yang dihiasi mutiara.
Padankan mutiara dengan blaus kasual.
Rantai penyata mutiara klasik boleh menekankan dan menyerlahkan blaus kasual, menambahkan pesona pada pakaian yang sebaliknya akan menjadi lebih santai. Pilih helaian pendek dengan mutiara yang lebih besar untuk membuat kenyataan. Tambahkan beberapa helai yang serupa untuk menarik lebih banyak perhatian pada garis leher anda.
Jangan hadkan diri anda kepada mutiara putih atau berwarna merah jambu. Pertimbangkan untuk memakai rantai berwarna-warni untuk majlis yang lebih kasual.
Campur dan padankan rantai.
Dalam suasana kasual, mutiara boleh dicampur dan dipadankan dengan rantai leher lain untuk menghasilkan rupa yang santai namun bergaya dengan mudah. Jangan takut untuk memakai mutiara anda dengan permata atau logam lain. Mutiara anda boleh melembutkan rupa permata yang berani, seperti berlian, nilam atau amethyst. Cuba campurkan mutiara dengan kepingan berlian kegemaran anda atau pakai dengan rantai perak sterling untuk melengkapkan kedua-dua kepingan.
Pakai rentetan mutiara dengan rantai manik untuk mencipta rasa yang lebih bohemian.
Padankan mutiara anda dengan rantai berlian untuk melengkapkan dan mengeluarkan yang terbaik dari kedua-dua rantai.
Aksesori ialah cara terbaik untuk mengekspresikan gaya peribadi anda, terutamanya jika citarasa pakaian anda cenderung lebih ringkas.
Pilihan terkini untuk gaya paling legit dengan mutiara
Buat julung kalinya, Pandora mempersembahkan gaya baharu yang boleh disesuaikan tanpa henti dalam koleksi emas, bersama-sama dengan lebih banyak simbol pernyataan berbanding sebelum ini. Sesuai untuk mengekalkan cahaya keemasan sepanjang tahun, gelang dan rantai penyata terbaharu Pandora adalah dan perak sterling, dengan untaian mutiara kultur air tawar yang memperkenalkan tekstur segar kepada kepingan serba boleh.
“Apabila anda memperkenalkan emas, segala-galanya dilihat dalam cahaya baharu, serta-merta rantai ikonik kami berubah,” jelas A. Filippo Ficarelli dan Francesco Terzo, VP Pengarah Kreatif di Pandora. Penyaduran emas 14k dalam koleksi terbaharu Pandora ME ini.
Manakala reka bentuk mini menjuntai dan medali baharu membawa simbolisme unik kepada koleksi ini, dengan kepingan yang diilhamkan oleh mistik dan kerohanian, membolehkan anda mencipta kombinasi peribadi yang menyatakan siapa anda. Cincin susun dan anting-anting segar dengan garis pavé zirkonika padu juga menyediakan kanvas baharu untuk kreativiti anda. Barulah penampilan legit dan berseri!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan untuk memasak.
Cili kisar bukan sahaja mempercepatkan proses memasak tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Maka sebab itulah amat penting ibu-ibu membuat stok cili kisar untuk memudahkan urusan di dapur di samping mempercepatkan proses memasak di dapur terutama buat ibu-ibu yang bekerja.
Ikuti perkongsian berikut:
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua, letak air dan mesin.
Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di bawah. Tapis biji dari cili.
Taadaa..Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
Selepas ini tiada alasan lagi untuk malas 'turun' ke dapur. Dengan adanya cili kisar ini, kerja-kerja memasak menjadi mudah dan cepat.
Sumber kredit: Nor Atiqah Othman via Masa Apa Hari Ini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...