Kes perbicaraan mengenai kes penderaan seorang remaja perempuan yang menghidap Down Sindrom di kenali sebagai Bella masih lagi di teruskan dan belum selesai. Namun begitu, kehadiran Bella yang hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan menjadi perhatian ramai.
Meski pun kisahnya yang menghayat hati itu merupakan satu perkara yang amat sedih untuk di dengari orang ramai, Bella kelihatan sangat ceria apabila dia pula mengenakan baju sebuah karakter kartun Elsa yang cukup terkenal di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa.
Bella yang tampil menghadirkan diri bersama beberapa orang yang mengikutinya bersama telah menjadi perhatian orang ramai. Dia di minta untuk hadir sebagai saksi pendakwaan ke-18 dengan tujuan membantu prosiding
bagi memberikan keterangan mengenai kes penderaan yang di alaminya.Ketibaan Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi itu telah menambat ramai hati rakyat Malaysia apabila melihatnya masih kekal tersenyum dan tampak lebih gembira berbanding apa yang kita di lihatkan keadaannya apabila di jumpai di rumah penjagaan yang di dera. Pemakaian Bella yang seakan Puteri Elsa di dalam cerita Frozen itu menjadi simbolik untuk kekuatannya.
Pujian demi pujian apabila ramai yang melihat Bella berjalan masuk ke dalam bangunan mahkamah sambil memegang beg dan tongkat mainan di tangannya. Walaupun begitu, mahupun rata-rata warganet memberikan pujian kepada Bella, ada juga segelintir yang sebak dan sedih bila mengenangkan penderitaan yang remaja Down Sindrom itu lalui dan dia tetap terus kuat berjuang menegakkan keadilan di bantu beberapa orang aktivis dan peguam.
Meninjau ruang komen, ramai yang memberikan semangat dan juga kata-kata yang sebak apabila mengetahui Bella bakal memberikan keterangan buat kes penderaannya sendiri. Meski pun dia menghidap penyakit Down Sindrom
, ramai yang yakin akan kebolehannya untuk memberikan keterangan lanjut mengenai kesnya.“Kuasa Allah SWT, seorang kanak-kanak (remaja) Down Syndrome boleh menjawab segala pertanyaan yang di ajukan dengan baik. SubhanAllah Allahuakbar…dan bila Allah SWT berkehendak, segala yang mustahil akan menjadi tidak di sangka! We are all with you, nak Bella. Ya Allah permudahkanlah, akhirilah derita emosi/fizikal yang di tanggung Bella…amin ya Mujib,
“Setiap doa kami sentiasa mengiringi Bella dalam perjuangan ini. You are special in your own way Bella!
“Terus kuat adik Bella. Semoga Allah sentiasa melindungi adik Bella dan mendapat keadilan yang sebaiknya.
“…Percayalah anakanda Bella…di sebalik setiap langkahmu menuju kamar bicara, jutaan rakyat Malaysia mendoakan kemenangan Bella kepada Yang Maha Esa…” begitulah coretan yang di kongsikan oleh warganet apabila mengetahui perbicaraan ini akan di lakukan secara tertutup dan ia melibatkan adik Bella sendiri.
Pada sesi pagi prosiding di mahkamh itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas memberitahu, Hakim Izralizam Sanusi bahawa perbicaraan kes itu di jalankan secara tertutup kerana Bella merupakan mangsa dan salah seorang saksi kanak-kanak yang keterangannnya tidak boleh di laporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Artikel berkaitan: Pinta Untuk Diberi Perlindungan Dari Kesusahan, Kesakitan & Penderitaan, Bacalah Doa Al-Afiyah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.