‘Hadiahkan’ Emak Untung Jual Nasi Lemak RM1, Tindakan Gadis Ini Cuit Hati Netizen – Kasih Ibu Bawa Ke Syurga

Share

Ibu merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Insan yang melindungi kita sejak kecil dan sentiasa ada di saat kita memerlukan. Oleh itu, apabila dah dewasa, seorang anak pasti sedaya upaya mahu membuat ibu mereka gembira serta membalas jasanya.

Kata orang, ‘Syurga di bawah telapak kaki ibu”. Terdapat pelbagai cara untuk membahagiakan mereka, contohnya seperti memberikan hadiah, membantu melakukan tugasan rumah ataupun memberikan sedikit wang belanja.

Bahkan, wang yang diberikan kepada ibu juga akan bertambah berkat. Memiliki wang yang berkat adalah satu perkara yang diinginkan oleh ramai orang. Tak perlu banyak, pemberian yang sikit juga sudah memadai sebagai tanda menghargai dan membalas jasa mereka.

Jangan pernah bersikap kedekut dengan kedua ibu bapa kita. Memang mereka tidak pernah ‘meminta’ untuk dicurahkan dengan wang ringgit, tetapi tidak salah kita sebagai anak berusaha untuk membantu serta membahagiakan mereka.

Artikel berkaitan: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Untung Jual Nasi Lemak RM1

Seperti perkongsian seorang pengguna di laman TikTok, Shahira Yusop yang berkongsi cerita dia menjual Nasi Lemak RM 1 setiap hari, dan akhirnya dapat bagi memberi sedikit wang belanja buat ibunya.

 

@shahira_yusop nasi lemak rm1 untung nya aku bagi Mak🥺#viral #fyp #nsilemak #nasilemakrm1#klang ♬ bunyi asal – BOYZ BROKEN – BOYZGAMING ☄

Difahamkan, dia baru sahaja memulakan perniagaan selama 2 bulan di Bukit Jati Kg Jawa, Klang. Shahira akui bulan pertama bukannya mudah diharungi dan dia telah dibantu oleh ibunya.

“Selepas 2 bulan aku kumpul duit nasi lemak rm1, bulan pertama aku cuma cakap mak doakan adik, nanti ada duit adik bagi mak” tulisnya.

Disebabkan baru sahaja memulakan perniagaan, wanita ini akui masih tidak mampu membalas jasa ibunya yang selama ini menyokong bahkan hanya mampu memberikan rm10 sahaja serta tidak lupa meminta doa daripada ibunya.

Bahkan terdahulu, Shahira tidak mampu untuk membeli meja buat perniagaannya, dan hanya menggunakan meja hasil pemberian orang. Namun kini, berkat doa ibunya, dia mampu menjual 300 bungkus nasi lemak dalam masa hanya satu jam.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat turun, Shahira memegang beberapa keping duit RM50 sambil menghampiri dan menghulurkan duit itu kepada ibunya yang sedang sibuk di dapur.

Ibunya terlihat terharu menerima pemberian dari anaknya, tetapi cuba menahan sebak dan berterima kasih.

“Alhamdulillah semoga murah rezeki…”

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki disebabkan sering menggembirakan hati ibunya. Video tersebut kini mendapat lebih 7354K tontonan, 602 kesukaan  dan 86 komen.

Tangkap layar komen di Tiktok Shahira

“Syukur Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki sentiasa sebab berkongsi rezeki pada ibu”

“Teruskan muliakan syurga kamu sampai akhir hayatnya”

“Berkat usaha dan dosa seorang ibu.. untung adik msih ada ibu.. doa ibu sentiasa ada untuk mu selagi bernyawa..”

“Duit boleh cari tapi doa seorang ibu tak semua boleh dapat..”

“Besar darjatnya mereka yang utamakan ibu”

Artikel berkaitan: ‘Ibu Sanggup Hantar Naik Motor Redah Hujan Demi Saya’-Pengorbanan Ibu Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

MasyaAllah, sesungguhnya doa ibu tidak ternilai harganya. Sementara mereka masih hidup, gunakanlah peluang ini untuk berbakti sehabis mungkin. Seringgit kita beri untuk gembirakan mereka, nescaya Allah SWT akan balas beribu kali ganda.

Sumber: TikTok 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira