Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke 8 Penuh Bermakna Buat Achey & Isteri, Sambut Raya Dengan ‘Orang Baru’

Share

Selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak terkenal dan juga ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne telah mengambil bayi perempuan sebagai anak angkat yang dikatakan sebagai pelengkap bagi mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha bagi menimang cahaya mata. Pasangan ini juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke 

lapan, Mei lalu.

Melalui akaun instagramnya @acheykintangkintung, Achey telah memperkenalkan bayi tersebut kepada umum yang dinamakan Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Bayi comel itu telah dilahirkan pada 15 Mei yang lalu. Sebelum itu Achey dan isteri berada di kampung selama sebulan untuk menanti detik kelahiran anak mereka ini.

Walaupun masih kecil, tetapi si Tiara juga sudah ada akaun instagram sendiri. Malah sudah punya pengikut lebih 37,000 pengikut!

Raya tahun ini menjadi penuh bermakna buat Achey dan isteri kerana akan menyambutnya bertiga.

Achey juga berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan menerima baik kehadiran si kecil ini.

Malah dia juga berharap agar Tiara akan dapat menjadi aak yang soleh dan dia dan isteri dikurniakan kesihatan dan kudrat sebaiknya untuk menjaga anak kurniaan Allah ini. Didoakan Achey sekeluarga terus bahagia bersama.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ACHEY

Published by
Qistina