‘Hadiah Paling Bermakna…’- Lepas 6 Tahun Block Di Twitter, Yuna Akhirnya Maafkan Lelaki Ini

Share

Setelah enam tahun akaun Twitternya disekat oleh Yuna akibat gurauan kasar, pemuda yang dikenali sebagai Akeem Sharyzal meluahkan rasa gembira apabila penyanyi antarabangsa itu kini sudah memaafkan kesilapannya yang terdahulu.

Menyedari khilafnya, Akeem yang kini sudah mendirikan rumah tangga meminta maaf kepada pelantun lagu Dan Sebenarnya itu dan mengakui kesalahan yang dilakukannya pada tahun 2016.

“Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua.

Please notice me Yuna, saya nak minta maaf. Masa itu saya masih budak-budak yang nakal & tak pandai fikir dengan baik.

“Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna saya datang bawa wife ya,” coret Akeem di laman Twitternya.

Memberi reaksi kepada ciapan jejaka tersebut, Yuna akhirnya membuka semula sekatan tersebut sambil memberikan jawapan balas yang ringkas buatnya.

“Don’t do it again! Congrats on your wedding,” balas pemilik nama Yunalis Zarai ini.

FROM THIS TO THIS

Sejurus itu, Akeem meluahkan rasa bahagianya dan menganggap ia hadiah yang paling bermakna buatnya pada tahun ini.

“Ini hadiah paling bermakna tahun ni, thank you Yuna!

“Hahahaha inilah kenangan paling manis di Twitter,” coretnya lagi.

Sempoi je Yuna membalas ciapan tersebut! Tak salah nak gurau, yang penting jangan sampai menyakiti hati orang lain.

Pujian juga harus diberikan buat Akeem kerana berani mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Memang terbaik!

sumber: twitter @AkeemSharyzal

Published by
Qistina