
Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini, puteri kesayangan Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya telah menyambut ulangtahun kelahiran pertamanya pada 2 Oktober yang lalu.
Menariknya, Fatima turut menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman sempena hari jadinya. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Fazura di laman instastory miliknya.
Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Permaisuri tercinta
Cantiknya rantai berloket huruf F! Sesuai sangat untuk Fatima…
Tengku Permaisuri Norashikin juga telah menulis ucapan di kad khas buat Fatima.
Buat Fatima, awak layak menerima seluruh kebahagiaan dan kegembiraan di dunia ini. Selamat Hari Jadi!
Untungnya Fatima dapat hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Moga Fatima akan terus membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua-dua ibu bapanya. Amin.
Dapatkan segera majalah Hijabista edisi jawi di karangkrafmall.com sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Jangan Gataiiii Tettttt Sangat Nak Bercouple & Bercumi ” – Pesanan ‘Deep’ Lelaki Ini Buat Hijabi Muda. Sila Hadam!

Isi Kandungan
ToggleGempar minggu lepas apabila seorang pelajar sebuah kolej mati dibunuh oleh seorang lelaki yang dikatakan bekas teman lelakinya. Berita ini mengundang simpati netizen apatah lagi ia berlaku di bulan penuh mulia. Walaupun maut itu tidak kira bulan masa atau hari, tetapi jika kita lebih berhat-hati mungkin kejadian ini tidak akan berlaku.
Bagi hijabi di luar sana, perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kadang-kadang kita lupa tetapi ingatan boleh mengelakkan kemalangan sebegini berlaku.
Perkongsian dari seorang lelaki, Redzuan Abd Manaf di laman sosial facebook ini yang boleh hijabi jadikan panduan sepanjang bergaul dengan orang sekeliling.
Walaupun lelaki tidak bermakna tegurannya tidak boleh diterima pakai. Malah mereka ini sebenarnya lebih mengetahui segalanya berbanding perempuan.
HATI-HATI PILIH KAWAN
Girls.
Hati-hati bila memilih kawan atau teman lelaki.
Tolonglah dengar nasihat paksu yang satu ni. Even paksu dah pesan banyak kali. Paksu dah tulis coretan panjang macam esok nak mati. Paksu membebel macam pondan bedah gigi. Tapi tetap jugak tak ada orang ambil peduli.
TOLONG SAYANGI DIRI
Dik.
Paksu lelaki. Even “kejantanan” paksu masih belum teruji. Even paksu x pernah bercinta beruk pun sebelum ni, tapi paksu tahu apa yang mampu dibuat oleh seorang lelaki. Apa yang ada dalam otak pemikiran kami ni. Paksu tahu bila emosi dan amarah menguasai diri. Paksu pernah rasa nak bunuh jer nyamuk yang hisap darah paksu ni sebab ditolak cinta oleh minah yang paksu gilai. Tapi dik, tolonglah sayang dan hargai diri sendiri.
FIKIR PASAL KELUARGA
Tolonglah fikirkan sikit mak ayah dan family yang menyayangi. time muda ni. Semua ni hanya mimpi ngeri!!! Mimpi ngeri??? Reti??? Lelaki yang sayangkan seorang perempuan takkan sanggup buat kerja terkutuk dan sekeji ni samentelah sampai biarkan orang tu mati!!! Allahurabbi!!! Binatang jenis apakah ini…..paksu sendiri pun tak pasti.
KELUARGA JUGA KENA PANTAU ANAK-ANAK
Maafkan paksu dik sebab terlebih emosi. Tapi paksu terpaksa dan terpanggil untuk menulis lagi. Menulis untuk semua orang yang paksu sayangi. Pakcik, makcik, kakak, abang, adik, saudara, saudari…..tolonglah pantau anak-anak yang kita kasihi. Tolonglah tegas sikit demi masa depan mereka di belakang hari. Tolonglah ada sedikit sifat prasangka dalam diri.
SELALU PERIKSA MEDIUM SOSIAL MEREKA
Cek whatsapp story, wechat status, facebook posting dan gambar-gambar anak di ig sebab budak-budak zaman laniii lebih advance dan berani dalam serba serbi. Lebih baik kita hilang rasa hormat dari seorang anak dari tengok anak sendiri mati. Paksu sedih, sedih sangat dengan apa yang terjadi. Even adik ni paksu tak pernah kenal pun sebelum ni.
DOAKAN PEMBUNUH TAUBAT
Salam takziah dan alfatihah dari paksu untuk adik yang meninggal dibunuh dan buat seluruh keluarga yang bersedih hati. Paksu doakan adik damai disisi Ilahi. Dan paksu jugak doakan pembunuh adik sempat bertaubat dan insaf kembali. Moga kita semua belajar dan ambil iktibar dari tragedi sedih ni. Allahurabbi!!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Agong & Permaisuri Kuarantin 14 hari, Tujuh Petugas Istana Positif Covid-19

Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.
Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Mengenai jangkitan Covid-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.
“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19.
Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan KKM.
Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.
“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahteraan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
“Istana Negara akan terus memberi bekerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya.
Sumber kredit: BERNAMA dan Instagram Istana Negara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hargai Staf, Insafamous Syafiqah Aina Borong Handbag Berjenama Khas Buat Semua Stafnya

Pasangan instafamous yang juga usahawan berjaya iaitu Syafiqah Aina dan suami, Hafiz Mahamad memang sentiasa mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Bukan hanya dikenali sebagai pasangan yang sama cantik sama padan, sebagai ahli perniagaan mereka juga pandai menghargai staf-staf mereka dengan memberikan ganjaran atas usaha yang dilakukan mereka selama ini buat syarikat.
Jelas Syafiqah Aina atau lebih mesra dipanggil Aina di laman instagramnya, dia tergerak hati untuk memberikan beg tangan buat semua stafnya selepas mendapat tahu beg tersebut merupakan beg idaman salah seorang stafnya.
“Haritu one of my Management Team letak dekat Wallpaper gambar Handbag Charles & Keith as wishlist dia. Then team mate yang lain share duit untuk hadiahkan handbag tu diam diam pada dia.
“I’m so happy to see that! Terus tergerak hati & Aina cerita dekat Hafiz, Aina nak hadiahkan yang lain jugak benda yang sama. Hafiz cakap okay, jom nanti kita keluar cari handbag untuk diorang!
“Aina paling syukur bila dari awal dulu staff biasakan baca al Waqiah setiap pagi dekat office untuk jaga keberkatan rezeki tu.
“Diorang sangat bahagia & Aina tahu bahagia bukan sebab mengharapkan hadiah dari Aina & Hafiz. Tapi sebab syukur surrounded & berada dalam family AINAA. And so do I!
“To all Customers, Usahawan @ainaabeautyofficial (Agents/Stokists) & Followers. Video ni Aina share untuk you guys tahu, nila hasil dari support semua. AINAA akan share & happykan seramai yg mungkin
“Hopefully you guys pun happy! 🤍,” tulis Aina,26, di laman sosialnya.
View this post on InstagramA post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
Sementara itu, netizen juga memenuhi ruang komen laman sosialnya dengan ucapan terharu kerana tersentuh dengan tindakan dan cara Aina melayan stafnya serta mendoakan agar dia dan suami terus berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
View this post on InstagramYou are the best part of my every day. Mommy loves you both ♥️ @hafizmahamad @raisyaarisa
A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
Untungnya staf-staf mereka dapat majikan sebaik Aina dan Hafiz! Seronok betul tengok pasangan ini sebab muda-muda lagi sudah berjaya dalam dunia perniagaan.
Best rasanya bila kita dapat pasangan yang sama-sama punya visi atau ‘goals’ dalam hidup. Moga anak muda yang lain juga turut terinspirasi dengan kejayaan mereka ini. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI