Selain mengajar erti sabar, Ramadan merupakan bulan yang dapat mendidik kita apa itu makna kesederhanaan. Seperti produk Hada Labo, ia juga membuktikan yang kita tidak perlu berlebihan pun untuk cantik kerana kecantikan semula jadi itu sudah memadai.

Walaupun tanpa sebarang solekan, anda akan tetap kelihatan anggun berseri bila menggunakan Hada Labo Premium Whitening Lotion kerana ia membantu melembapkan kulit sekaligus menyerlahkan kecantikan asli anda.

Merupakan jenama terkemuka dari Jepun, produk terunggul mereka iaitu losyen sudah menjadi produk nombor satu selama 13 tahun dan terjual setiap 1-2 saat di sana.

Runsing Kulit Wajah Tak Bermaya Sepanjang Bulan Ramadan, Hada Labo Pelembap Yang Mencerah & Menghidrasi Sepanjang Masa

Sudah menjadi trend, sekarang ini ramai yang memilih untuk menggunakan losyen berbanding ‘toner’ kerana ia mampu menyerap ‘moisturizer’ lebih baik, mengunci kelembapan tersebut sekaligus mengecilkan pori di wajah.

Ads

Cukup mudah dan selamat digunakan

Caranya menggunakannya mudah sahaja! Tuangkan losen Hada Labo secukupnya di tapak tangan anda. Kemudian ratakannya di seluruh wajah dengan menggunakan tangan sehinggalah ia benar-benar menyerap masuk ke dalam kulit.

Runsing Kulit Wajah Tak Bermaya Sepanjang Bulan Ramadan, Hada Labo Pelembap Yang Mencerah & Menghidrasi Sepanjang Masa

Pastinya selepas itu kulit akan terasa lebih halus dan lembut. Losyen ini juga boleh digunakan di bahagian leher dan di bahagian tubuh yang terasa kering seperti siku, lutut dan juga tumit. Banyakkan fungsinya!

Ads

Hada Labo Premium Whitening Range ini diperkaya dengan Asid Tranexamic Acid dan Asid Hyaluronic yang akan menghilangkan bintik hitam dan memberikan hidrasi maksima agar kulit menjadi ‘glowing’ dan lembap.

Wajah semakin berseri dalam tempoh PKP

Losyen Hada Labo ini juga mengandungi beberapa jenis Asid Hyaluronic yang berbeza saiz molekulnya yang mana mampu menyerap masuk ke setiap lapisan kulit kita di samping membaiki teksturnya.

Walaupun hanya duduk di rumah sahaja sewaktu Ramadan dan tempoh PKPB, anda tetap boleh mendapat wajah yang berseri secara semula jadi dengan menggunakan Premium Whitening Lotion ini. Dengan solekan nipis atau tanpa solekan sekalipun anda tetap akan kelihatan cantik.

Ads

Menjelang raya yang akan tiba tak lama lagi, anda pastinya memerlukannya untuk ‘prep’ kulit sebelum bersolek agar solekan tersebut tahan lama dan tidak bercapuk. Semestinya Hada Labo Premium Whitening Lotion merupakan item kecantikan yang wajib anda miliki untuk kulit wajah yang sihat lagi memukau di pagi lebaran nanti.

#HadaLabo

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI