Semalam, penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tok Ti, telah mengadakan jelajah konsertnya di Jakarta, Indonesia.
Apa yang menariknya, Tok Ti telah berkongsikan video momen indah di Instagramnya bersama anaknya yang tercinta iaitu Siti Aafiyah sebelum konsertnya berlangsung.
Sweet sangat! Nanti ibu habis konsert ibu bagi susu…
View this post on InstagramAnak ibu sayang #sitinurhalizaontour
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Lebih daripada 800 ribu tontonan, peminat juga turut teruja melihat keakraban hubungan dua beranak ini. Comelnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Pesan Jangan Suka Sangat Nak Share Gambar Di Media Sosial, Akibatnya Boleh Bawa Maut
Dalam dunia ini ada pelbagai ragam manusia. Ada yang berhati baik, selalu menolong orang, ikhlas dan jujur. Tetapi ada juga sebaliknya yang hati memang kotor dan penuh hasad dengki.
Perkongsian daripada pengguna laman sosial ini boleh kita ambil iktibar. Betapa jahat dan kotornya yang dinamakan penyakit Ain (mata).
Daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok. Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Sebaiknya jagalah mata dengan sebaik-baiknya dan jangan salah guna nikmat Tuhan yang satu ini. Bahaya penyakit Ain seperti diceritakan oleh Cik Puan Syarifah Furaiha ini begitu menakutkan hingga boleh bawa maut.
Ini perkongsiannya dari Fara yang mengakui dirinya juga alpa suatu ketika dulu.
Dulu Fara adalah seorang yang sangat berpegang dengan scientific evidence. Tanpa bukti, susah percaya.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Kemudian Allah izinkan Fara melalui pengalaman yang tak tergambarkan. Bertahun saya dengan guru saya, kami dinasihat agar menjaga adab. Simpan kemas rapat rapat segala nikmat yang Allah kurniakan.[/su_highlight]
Tapi yelah, saya masih muda dan mentah. Nasihat syeikh kami terbang bagaikan angin yang berlalu.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Syeikh pesan, kita jaga adab jangan tayang muka cantik kita. Kita ada suami baik,hensem dan soleh tak perlu tayang kebahagiaan rumah tangga kita. Kita ada anak gebu, comel, tak perlu dipuji anak kita yang comel itu di media sosial.[/su_highlight]
Ini tidak, anak umur sehari pun dah tayang macam macam lepastu pelik kenapa anak asyik sakit, lemah badan dan menangis. Peluk dengan suami, happy sana sini semua tunjuk, lepastu gaduh tak berhenti.
Sabda nabi, pada setiap nikmat ada hasad.
Tapi saya mana dengar nasihat tu semua. Kalau boleh semua nak share dengan orang sebab kita tengah bahagia.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Tahukah anda dulu ada sorang kakak ni cantik sangat, semua lelaki berebut dan suka dengan dia. Disebabkan muka dia cantik dan menjadi igauan para lelaki,ramai sangat perempuan yang kenal dengan akak tadi hasad gila dengan akak yang tadi.[/su_highlight]
Tak lama lepas tu,tanpa sebab tak pasal pasal mulut akak tadi jadi herot, senget. Inilah penyakit ain tuan puan.
Berapa ramai perempuan yang muka asalnya cantik bebas setitik noda pun tapi tiba tiba jadi menggerutu dan buruk bila terkena ain orang.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Penyakit yang berasal dari pandangan benci orang kepada kita atas nikmat yang kita ada yang boleh menyebabkan bukan takat hancur kehidupan kita bahkan boleh membawa maut. Pandangan hasad adalah sangat kuat dan berbahaya.[/su_highlight]
Ada kes kedua, di Tarim. Ada sorang pelajar ni rambut dia sangat cantik. Lebat,hitam,lurus dan lawa. Habis satu asrama puji rambut pelajar tadi.
Tak lama lepastu, kepala perempuan tadi jadi bernanah dan buruk. Mengeluarkan bau nanah yang masyaAllah sangat busuk. Habis rambut tadi gugur.
Di Tarim, baby yang baru lahir akan ditulis ibu bapanya dengan tulisan Allah atau MasyaAllah pada dahi baby tadi agar tetamu yang datang melihat,jika baby tadi gebu dan comel, mereka akan memuji Allah dan menjauhkan penyakit ain tadi yang boleh menyebabkan bayi tadi sakit dan meninggal.
Segala sandaran dan pujian disandarkan kepada Allah. Penyakit ain bukan hanya datang dari mata yang hasad dan benci bahkan dari pujian yang terlalu mengagumi susuk tubuk seseorang.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Pujian yang terlalu kagum dan fanatik tadi bila tidak disandarkan kepada Allah akan menyebabkan tuan punya badan yang dipuji tadi jatuh sakit teramat teruk tanpa sebab.[/su_highlight]
Tak perlu argument, penyakit ain ini pernah terjadi pada sahabat Rasulullah yang dipuji keelokkan tubuh badannya yang menyebabkan beliau jatuh pengsan sejurus dipuji. Boleh rujuk ustaz.
Di Mesir, jarang kita tengok kereta berkilat(selain faktor debu), ramai antara mereka dengan sengaja membiarkan calar dan kotor pada kereta bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta baru masing masing kerana takut penyakit ain dari jiran yang akan menyebabkan kereta tadi asyik accident sahaja bahkan boleh membawa maut.
Semua cerita di atas adalah benar. Berapa ramai sebenarnya yang didepan kita sentiasa memuji dan mengagumi kita tapi dalam hati mereka ada dengki yang menyebabkan kita terkena ain.
Saya fikir kembali, bagaimana dengan orang yang ada sangat banyak nikmat pada dirinya, kekayaan yang melimpah ruah, murah rezeki, muka atau fisikal cantik, pasangan baik dan hubungan bahagia, anak yang comel dan bijak dan lain lain nikmat dunia yang Allah kurniakan.
Apa yang saya kongsikan adalah cuma setitik dari apa yang kita alami.
Saya dulu pun pernah buat silap. Di usia muda, Allah kurnia nikmat sangat banyak yang tak ramai orang dapat.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Saya dulu terlupa, bila saya share masing ramai antara kita yang tidak mendapat nikmat itu. Saya yang tidak beradab.[/su_highlight]
Kita fikir kembali dan perbetulkan yang mana patut. Moga Allah lindung kita kerana Allah lah sebaik pelindung. Bantulah saya kongsi nasihat ini.
[su_highlight background=”#fb99ff”]Syeikh pesan, banyak hati hati dengan hasad dengki orang dan banyak kunci mulut melainkan bercakap/tunjuk apa apa sahaja yang buat orang lain suka juga. Moga bermanfaat.[/su_highlight]
Orang Malaysia jarang tahu tentang penyakit ain seperti di tanah arab, well known. Yang kita tak tahu tak bermakna salah dan tak wujud. Belajar dulu ya.
Yang cantik itu kita simpankan
Yang banyak itu kita sorokkan
Yang bahagia itu kita rahsiakan
Maksud Penyakit Ain:
Penyakit ain hasil daripada pandangan hasad seseorang yang sangat powerful yang mampu beri kesan sangat buruk kepada yang dia benci.
Dengan izin Allah, terjadilah.
Nak cakapnya hasad ni sangat bahaya sampai boleh melemahkan orang yang dibencinya.
Cara Ubatinya:
Ubat penyakit ain adalah kita minta orang yang ain kepada kita berwudhuk dan kita mandi atau minum air tersebut -ustaz
Tapi masalahnya kalau kita terdedah kepada umum macam mana kita nak tau siapa yang ain kepada kita dan kalau ramai takkan nak minta air wudhuk semua?
Ini belum termasuk terkena sihir atau santau. Baru ain je.
Begitulah, seeloklnya kita jaga jaga dulu sebelum terkena dan kalau terkena Allahlah pelindungnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Akaun Twitter Tunku Permaisuri Agong Ditutup, Netizen Luah Rasa Sedih #AmpunTuanku Jadi Trending
Apabila akaun twitter Tunku Permaisuri Agong ditutup (tidak lagi aktif) sejak malam tadi, ramai warga twitter berasa sedih. Rata-rata warga twitter mengungkapkan rasa rindu dengan caption serta gelagat baginda di laman sosial itu.
Netizen melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang kelmarin. Rata-rata netizen memohon ampun perkenan baginda supaya kembali aktif dalam laman sosial twitter.
Difahamkan, baginda menutup akaun twitternya berikutan komen negatif dari seorang pemilik akaun twitter yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.
Kerana kerinduan netizen dengan ‘celoteh’ baginda, sampai ‘diwujudkan’ hashtag #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong. Hastag ini juga menjadi trending di akaun twitter.
BANGUN PAGI BACA TWEET TUANKU PERMAISURI AGUNG DEACTIVATE TWITTER
How can you guys hurt our loving, cute, cheerful Queen? ??? #AmpunTuanku beribu-ribu ampun. Please come back to twitter, we miss you. ❤️ pic.twitter.com/Li11DOkpu1
— Generasi Penang (@GenerasiPenang) September 12, 2019
KEMBALILAH KE TWITTER
Kembalikan Permaisuri Agong ke Twitter we miss her. #AmpunTuanku ? pic.twitter.com/dTttfU2DSk
— Filem Motif 26 September 2019?? (@djgulamanis) September 12, 2019
PENYERI TWITTER
We want our Permaisuri Agong back #RPA #AmpunTuanku . Salah satu sebab aku join twitter back ni bcz of tuanku. pic.twitter.com/sIZodSWNj0
— Lizahasan (@missnurulliza) September 12, 2019
PLATFORM PALING DEKAT
DAH TAK BOLEH STALK TUANKU PERMAISURI LAGI
Baginda yang terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat agar hubungan raja dan rakyat lebih dekat.
Malah baginda sering berkongsi momen-momen indah dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong. Sememangnya netizen menyukai pendekatan yang dilakukan Permaisuri Agong malah menggemari telatah baginda berdua terutama di majlis keramaian.
Ternyata memang ramai di kalangan rakyat yang ‘sayangkan’ baginda. Sikap baginda yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuatkan baginda cukup disenangi ramai.
Sumber kredit: Twitter Sinar Harian Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masjid Sebagai Mas Kahwin IRISH BELLA Kembali Bergelar Isteri, Pilih Jutawan Minyak Sebagai Suami
Berita perkahwinan artis cantik Indonesia, Irish Bella kembali menjadi tumpuan umum. Tidak lama selepas bercerai dengan Ammar Zoni secara rasmi pada awal 2024, Irish kembali temui cinta baharu.
Ramai yang ingin mengenali lebih dekat siapakah lelaki yang telah berjaya menawan hati si cantik ini. Ternyata, pilihan Irish Bella kali ini bukan calang-calang. Seorang usahawan hebat yang terkenal dengan jolokan ‘Raja Minyak’.
Tanggal 19 Oktober 2024, perkahwinan Irish Bella dan Haldy Sabri berlangsung dalam suasana yang cukup mendamaikan.
Majlis diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara terdekat. Ringkas namun penuh bermakna, tanpa banyak publisiti di media.
“Bismillah.. Alhamdulillah SAH. Semoga menjadi keluarga SAMAWA. Irish❤️Haldy”
Masjid Sebagai Mas Kahwin
Salah satu fakta yang paling mencuri perhatian ialah mas kahwin yang diberikan Haldy Sabri kepada Irish Bella. Bukan sahaja memberikan mas kahwin dalam bentuk mas kahwin, Haldy juga menghadiahkan sebuah masjid sebagai tanda cinta.
Masjid yang dinamakan sempena nama arwah isteri pertamanya itu adalah lambang komitmen Haldy terhadap perkahwinan keduanya.
Momen perkahwinan juga terasa begitu suci apabila Haldy menyebut masjid sebagai sebahagian daripada mas kahwin yang diberikannya kepada Irish.
Keistimewaan Suami
Suami kepada Irish Bella bukan figura biasa. Beliau terkenal sebagai ahli perniagaan berjaya yang digelar ‘Raja Minyak’ dan tersohor di Aceh.
Beliau turut mengetuai beberapa syarikat termasuk perniagaan tenaga dan kesihatan.
Walaupun memiliki kekayaan dan kedudukan terhormat, Haldy Sabri dikenali sebagai seorang yang merendah diri dan pemurah.
Salah satu bukti kemurahan hati Haldy ialah mendirikan masjid sebagai bentuk penghormatan kepada arwah isterinya.
Bukan itu sahaja, beliau juga aktif dalam pelbagai aktiviti sosial untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan khususnya di Aceh.
Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini berkekalan sampai syurga.
BACA JUGA: 6 Rahsia Kulit Wajah Kekal Bersih & Cerah Persis IRISH BELLA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI