Gusar Di Gelar MAKCIK, Ini 14 Punca Wanita Terlihat TUA Dari Usia Harus DIHINDARI!

Share

Memang terasa hati jika ada orang menegur penampilan kita macam ‘makcik-makcik’. Walhal kita masih muda dan boleh dikatakan berjiwa remaja. Jangan biarkan kata-kata itu melemahkan semangat untuk tampil bergaya dengan cantik. walau bagaimanapun, penambahan usia bukan kebimbangan lagi. Mari kita mengekalkan keremajaan diri agar penambahan usia bukan kebimbangan lagi. Ikuti tips ini, selamat mencuba!

1. Elakkan Stress

Sila buang ‘stress’ jauh-jauh jika anda ingin muda sentiasa. Tapi mana ada manusia yang tiada masalah kan? Pandai-pandailah tangani stress itu dengan bijak. Mungkin si suami boleh membawa isteri pergi bercuti.Yelah kalau cantik kan itu isteri awak juga.

2. Sentiasa Gembira

Apa sahaja yang berlaku pada fizikal bermula daripada dalaman. Tawan stres dengan aktiviti yang memberi kelegaan seperti meditasi, bersenam dan bersamalah dengan orang yang akan menggembirakan.

3. Makan Sayur

Kerosakan pengoksidaan berpunca daripada toksik dan metabolism menyumbang kepada proses penuaan pada peringkat sel. Makanan tinggi antioksidan (bukan daripada makanan tambahan) mampu melindungi kamu daripada tekanan pengoksidaan.

4. Hindari Gula

Inilah bahan penyebab tua yang jelas dan nyata sekali, ia mengurangkan rentangan organisma daripada yis ke primat.

5.  Jangan Malas Bersenam

Bersenam tak semestinya anda perlu pergi ke Gym.  Kita tahu aktiviti kardio memberi manfaat dalam menurunkan berat badan, dan bagus untuk kesihatan vaskular. Ia harus dilakukan secara tetap.

6. Elakkan Makanan Segera

Kerana ia ternyata menyumbang kepada begitu banyak masalah dalam badan.

7. Elakkan Tidur Lewat Malam

Tidak perlu dijelaskan panjang lebar kerana jika dilihat sahaja keadaan seseorang yang tidak cukup tidur, kamu dapat jawapannya!

8. Makan Ikan

Bukti menunjukkan asid lemak Omega-3 yang terdapat dalam ikan sangat bagus untuk kulit.

9. Makan Buah

Buah kaya dengan antioksidan dan Vitamin C, ia juga sebagai agen menyalurkan hidrasi kepada kulit.

10. Kurangkan Karbohidrat

Sama seperti gula, karbohidrat yang berlebihan terutamanya daripada sumber makanan proses menyumbang kepada penuaan dan kegemukan.

11. Kurangkan Produk Tenusu

Ada kajian menyatakan bahawa penuaan kulit juga boleh berpunca daripada banyaknya mengambil produk tenusu.

12. Minyak Kelapa

Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga antara bahan yang bagus untuk kulitmu. Walaupun belum ditemui bukti kukuh, namun rantaian lemak asid medium yang terdapat dalam minyak masak punya kebaikannya yang tersendiri.

13. Kurangkan Angkat Kening

Dan mengerut dahi kerana semakin kamu lakukannya, semakin jelas tanda yang kamu tinggalkan pada bahagian dahi.

14. Pelembap Wajah

Kulit kering pendorong kepada penuaan dan pelembap adalah azimat penting untuk mengelakkan kekeringan kulit yang meninggalkan kesan kusam.

 

Published by
Siti Zurina