Kurang keupayaan bukanlah suatu perkara yang membatasi seseorang individu untuk mendalami subjek tertentu. Seorang guru ini yakin apa yang di ajar bagi pelajarnya bukanlah satu limitasi.

Subjek muzik bagi murit cacat pendengaran, itulah yang menjadi perhatian orang ramai melalui perkongsian guru ini.

Mengajar Subjek Berlawan Fitrah Mereka

Perkongsian oleh seorang guru muda, Amirah Adilah Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amirah, 24, membuat keputusan untuk mengajar subjek muzik kepada muridnya yang cacat pendengaran di sekolah dia berkhidmat.

Ditemu bual oleh mStar, dia sudah pun mengajar selama 11 bulan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu. Meski pun, ramai yang menganggap subjek itu melawan fitrah bagi murid-murid itu, dia percaya ini dapat membantu merangsang deria mereka.

“Mengajar orang pekak adalah melawan fitrah mereka…ia sering menjadi tanggapan orang awam,

“Namun, saya bukannya nak jadikan mereka penyanyi, malah semua itu hanya sekadar ilmu yang saya cuba sampaikan bagi merangsang deria mereka,

Ads

“Tapi kalau minat nak jadi penyanyi, saya boleh sahaja nak bantu beri panduan.” katanya lagi berkenaan isu itu.

Difahamkan lagi, Cikgu Amirah juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Yakin dan ingin menyahut cabaran dalam mengajar murid pendidikan khas cacat pendengaran itu menjadi sandaran pegangan dirinya. Dia ingin membantu sedaya mampu walaupun ada yang mempunyai masalah pembelajaran.

Ads
@mir.dla ajar muzik untuk murid ketidakupayaan pendengaran ni sebenarnya bidan terjun dengan zero knowledge. tapi itulah cikgu, hari hari kena belajar benda baru dan ajar pelbagai subjek. apa saja yg penting nak bagi ilmu untuk murid khas ni supaya input sama rata dengan murid tipikal #pendidikankhas #cikgupendidikankhas #specialneeds #specialeducation #specialeducationteacher #SpecEd #specedteacher #bahasaisyarat #signanguage #hearingimpaired #musiceducation ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

 “Apabila diberikan tugas untuk mengajar, semestinya kita tak boleh nak tolak peluang tersebut,

“Saya banyak bertukar pendapat, bertanya dan merujuk kepada cikgu-cikgu lain tentang cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid,

“Saya pun masih belajar tentang muzik, tapi ia bukanlah masalah besar untuk saya kerana semua ini untuk murid-murid saya juga.” ujarnya lagi.

Ads

Sebelum memohon jurusan itu, Cikgu Amirah juga ada membuat kajian terlebih dahulu. Dia berusaha dalam mendalami ilmu tentang orang kurang upaya dan bersiap sedia untuk membantu.

Amirah juga turut berkata kelengkapan yang tersedia ada di sekolahnya banyak membantu proses pembelajaran. Dia juga gemar untuk melihat anak muridnya belajar dan sering berkongsi di sosial media tentang sesi pembelajaran mereka.

Sumber: mStar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI