Gaya Hidup

Guru Geografi Genggam Gelaran Johan Qariah, Sofizah Mousin Asal Sabah & Ibu Dua Anak

Share

Orangnya kecil molek, namun suara anak Sabah ini begitu merdu tatkala mengalunkan taranum. Itulah kelebihan Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022, Sofizah Mousin yang turut merupakan seorang Guru Geografi, isteri dan ibu dalam satu masa.

Kemenangan itu jelas mengubah kehidupan Ustazah Sofizah. Mengintai khabar terbarunya, ibu dua anak dan isteri kepada Ahmad Asrol Saidi itu tidak menafikan tanggungjawab yang tergalas semakin besar.

Berusia 35 tahun, Ustazah Sofizah juga pernah dinobatkan Nona Outstanding Achievement Award sempena Nona Superwoman Award 2022 yang lalu. Beliau kini masih bertugas sebagai Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.

Instagram: @lilysufy

 

Instagram: @lilysufy

Bukan calang-calang wanita, beliau sendiri mengakui tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang pernah menyertai tilawah apatah lagi dari latar belakang sekolah agama.

Berkat minat dan kesungguhan berlatih di dalam kereta, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

“Kerja hakiki saya sebagai seorang guru Geografi. Selepas tamat bekerja, barulah saya boleh menghadiri jemputan program seperti di televisyen dan lain-lain.

Selain perlu membahagikan masa dengan keluarga, pada masa sama, saya turut menjadi pempengaruh di media sosial dalam menarik ramai lagi mendalami ilmu al-Quran,” katanya ketika ditemu bual oleh Sinar Plus di Shah Alam.

Instagram: @lilysufy

Sebagai seorang penjawat awam, Ustazah Sofizah perlu bijak membahagikan masa untuk kerjaya baharunya. Tahun lalu, beliau pernah diundang sebagai mentor Akademi Qurra’ TV AlHijrah bagi menggilap bakat-bakat tilmiz dan tilmizah muda dalam bacaan Al-Quran.

Menariknya, cita rasa fesyen yang dikenakan boleh dicontohi. Hijabi ini sering mengenakan jubah dan abaya longgar dengan tudung dilabuhkan. Nampak sopan dan patuh syariat, namun tetap manis dipandang. So pretty!

Kecintaan wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah terhadap taranum al-Quran mula mekar sejak usianya 11 tahun dan semakin subur selepas berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali serta Ustaz Yahya Daud di Kelantan.

Instagram: @lilysufy

Sesungguhnya, tempoh 24 tahun bukanlah satu perjalanan mudah dan singkat. Banyak pengorbanan perlu dibayar untuk mengecapi kejayaan pada hari ini.

Beliau kehilangan insan yang banyak memberi inpirasi iaitu bapanya, Mousin Sadiki ketika dirinya sedang sarat mengandung anak kedua, lebih tiga tahun lalu.

“Saat itu, saya berjuang untuk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor. Saya juga pernah diuji sakit tekak selama hampir lima bulan, di samping masalah kesihatan lain.

Semua itu berlaku sebelum saya bertanding pada Majlis Tilawah Antarabangsa. Ia menjadi cabaran untuk saya berlatih.”

Tekad mahu melahirkan lebih ramai pelapis dan mendidik anak-anak muda supaya mendalami ilmu Al-Quran, pesona hijabi anggun ini seharusnya menjadi inspirasi sis!

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/hati-hijabi-gundah-gulana-meski-hidup-senang-dan-berjaya-ini-pesan-mizz-nina-jangan-kejar/

Published by
Lin