Mempunyai kulit yang cantik memang jadi impian setiap wanita. Tetapi tidak guna hanya memasang angan-angan tetapi tidak berusaha untuk melakukannya.
Dewasa ini di zaman siber, semua maklumat hanya kita peroleh di hujung jari sahaja. Taip sahaja kata kunci apa yang dikehendaki pasti anda akan bertemu maklumat.
Lagi satu tidak perlu membazir duit dengan membeli produk penjagaan kulit yang mahal, hanya dengan sebiji tomato juga boleh membuatkan kulit tampil licin dan berseri.
Seperti perkongsian wanita yang juga graduan dari Universiti Malaya ini, Nurul Balqis yang hanya menggunakan bahan berkenaaan (tomato) untuk dijadikan sebagai masker bagi mencantikkan wajah.
Jom baca perkongsian wanita ini
Harini qis ade nak share satu tip yang qis dah amalkan sejak 6bulan yang lepas. Memang menjadi.
Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:
- Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut
- Gelap bawah mata pon dah berkurang
- Kulit qis still glowing walau tanpa makeup
- Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dpat cegah kedutan
- Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.
- Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.
Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar kat bawah ni. Selamat mencuba
Silakan kalau nak share utk simpan tip ni dan boleh tag rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bwah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.
Bahan-Bahan:
2 buah tomato
Mesin pengisar
Bekas kiub ais
Cara Membuat:
1. Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.
2. Seterusnya,masukkan tomato yang dipotong kecil tadi kedalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
3. Kisar sampai hancur dan halus.
4. Kemudian,masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
5. Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka.
Rasai keajaibannya.
Selamat Mencuba!
Artikel Berkaitan Patut Baca: 5 Petua Bantu Hilangkan Gelap Bawah Mata
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI