Mengeluarkan racun (detoks) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk makan pelbagai jenis makanan juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh.

Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semula jadi untuk mengeluarkan sekali gus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detoks’.

Jika berhajat untuk detoks tubuh, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ani Zam. Boleh amalkan minum air detoks ini setiap hari untuk mendapatkan hasil yang mujarab.

BAHAN-BAHAN:

Ads

1 biji lemon
2 batang serai
2 inci halia

Buat Air Detoks Guna Serai, Lemon & Halia, ‘Membuang’ Jadi Lawas, Perut Pun Kempis
Rebus hirisan lemon, serai yang diketuk dan hirisan halia ke dalam setengah liter air …masak sehingga air rebusan tinggal dalam satu cawan sahaja ..elok di minum sebelum sahur (jika berpuasa) atau malam sebelum tidur…minum semasa air dalam keadaan suam yer.

Ads

Buat Air Detoks Guna Serai, Lemon & Halia, ‘Membuang’ Jadi Lawas, Perut Pun Kempis
Confirm angin kus-kus berdesup-desup keluar dari badan…

Ads

Ia juga bagus untuk pencernaan dan pelawasan…

Buat Air Detoks Guna Serai, Lemon & Halia, ‘Membuang’ Jadi Lawas, Perut Pun Kempis
Sesuai untuk sesiapa yang berhajat untuk kurangkan berat badan.

Sumber kredit : Ani Zam

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI