Bukan mudah menjadi seorang perempuan. Bahagian luar dan dalam kena jaga. Kecantikan, kesihatan dan juga harga diri. Hijabi Fatin Syazwani berkongsi pengalamannya dalam entri Instagram, setia dengan produk tempatan dan tetap istiqomah demi memulihkan kulit muka yang breakout.
Pencarian dan percubaan demi percubaan, Fatin berhabis hampir ribuan ringgit untuk pulihkan kulit. Ikuti pengalaman Fatin dan penemuan produk yang berjaya memulihkan kulitnya.
Muka menjadi licin sehingga jerawat susah nak tumbuh diakui oleh Fatin sendiri hasil menggunakan produk tempatan.
Ketika ini muka tidak memberi kesan apa-apa jadi Fatin tetap teruskan menggunakan produk tempatan.
Muka mula tumbuh bintik-bintik. Apabila Fatin sedar rupanya dia tinggalkan rutin memakai krim malam. Tak sangka produk tempatan ini kalau tinggalkan satu langkah boleh naik bintik-bintik merah.
Walaupun sudah recover tidak sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hati mula panas, boleh jadi stress nak ambil gambar sendiri.
Fatin seorang yang berani mencuba, pengaruh sekeliling juga membuat Fatin berjinak dengan produk baru. Bukan tidak yakin dengan kecantikan sendiri tetapi dia jenis yang suka menggunakan solekan walaupun keluar santai.
Rupa-rupanya hasil menggunakan produk baru hanya bertahan selama 5 bulan. Fatin dapati mukanya breakout
dan terpaksa menggunakan solekan tebal.Tempoh 6 bulan setia dengan produk ini , Fatin mula sedar rupanya kulit mukanya tidak lagi sesuai dan tidak dapat kenali punca sebenar breakout. Malas mencari punca sebenar breakout tetapi Fatin usaha untuk memulihkan kulit mukanya.
Tular dengan produk drugstore, Fatin juga cuba mencari produk yang sesuai. Tetapi bukan semua produk drugstore yang sesuai dengan kulit muka Fatin. Muka kelihatan bertambah teruk kerana kulit muka Fatin yang putih mudah kelihatan bintik-bintik merah.
Bila terkenang balik dan sambil belek gambar lama, rasa rindu dengan kulit muka sebelum ni.
Setelah ribuan ringgit habis, Fatin bertemu dengan produk drugstore yang mengembalikan kulit wajah Fatin seperti dahulu. Tiada lagi kesan breakout, terkini dalam bulan Ogos Fatin memuat naik IG story hasil dari 10 produk ini.
SUMBER: IG @ftynjml