Kedutan pada shawl pastinya membuatkan lilitan shawl menjadi tidak menarik. Shawl yang berkedut tentunya menjadikan hari-hari hijabi jadi tidak ‘bermakna’. Bagi memastikan penampilan sentiasa menarik, lilitan shawl mesti selalu ‘on point’ terutama ketika melancong.
Jangan panik kalau terlupa bawa seterika. Sebenarnya pengering rambut fungsinya bukan sekadar hanya untuk mengeringkan rambut semata-mata. Kalau kita pergi melancong dan menginap di hotel, jika pihak hotel tidak menyediakan seterika di bilik, jangan bimbang. Anda boleh menggunakan pengering rambut sebagai medium untuk menggosok shawl
.CARA MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGGOSOK SHAWL
1.Gantung shawl di tempat tinggi atau atau boleh juga disangkut pada penyangkut baju.
2. Mulakan dengan suhu yang rendah kemudian bolehlah dinaikkan sedikit demi sedikit.
3. Semasa proses ‘menggosok’ shawl buat gerakan turun-naik bagi menghilangkan kedutan pada shawl.
4. Elakkan daripada tertumpu menggosok shawl pada satu-satu bahagian sahaja bagi mengelakkan kerosakan pada shawl yang digosok.
5. Selaraskan ‘speed’ pengering rambut agar tidak terlalu panas mengikut jenis fabrik.
Selepas ini tiada masalah hendak gosok shawl kalau lupa bawa seterika atau memang tiada seterika di hotel. Pengering rambutlah penyelamatnya.
Kredit: CalaQisya