Masalah jerawat bukan sahaja akan meninggal parut biasa, tetapi sesetengahnya ada yang berlekuk-lekuk. Jika tidak diatasi segera akan menyebabkan wajah diumpamakan seperti permukaan bulan. Bagi kaum wanita pastinya jika mengalami masala ini boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri. Namun perkongsian wanita ini sedikit sebanyak memberi kelegaan cara bagaimana untuk menghilangkan parut berlekuk ini.
Menurut pemilik nama akauan @umairaharis yang menulis thread di laman twitter memberitahu ada satu alat yang digunakan untuk menghilangkan parut berlekuk ini.
Alat yang dipasang dengan jarum jenis titanum ini tidak merbahaya, malah berupaya melenyapkan masalah parut jerawat.
Namunhasilnya bukanlah secara serta merta sebaliknya perlu ambil masa sekurang-kurangnya dua bulan.
Tidak ada produk penjagaan wajah yang boleh hilangkan parut berlekuk kecuali melalui rawatan laser, PRP atau derma equipment, Tetapi ada cara nak hilangkannya hanya dengan duduk rumah saja.
Cara ini tidak sesuai untuk jerawat yang aktif. Juga boleh hilangkan masalah kulit kusam dan jeragat.
Caranya adalah dengan menggunakan alat dipanggil dermaroller dan boleh lakukan di rumah sahaja.
Alat ini menggunakan jarum yang tidak merbahaya.
Senang untuk digunakan selama 30 minit.
Kalau masalah kulit tak teruk, boleh guna dua minggu sekali ataupun sebelum tidur.
Tapi jalan lupa selepas itu terus apply skincare yang biasa dipakai.
Jangan risau penggunaan dermaroller tak menyakitkan wajah walaupun ada beratus jarum.
Tapi pastikan jarum dermaroller itu diperbuat dari titanium. Jangan beli dari jenis besi biasa sebab bahaya.
Besi biasa akan karat, mudah patah dan bengkok. Jenis titanium selamat digunakan.
Tapi kesannya bukan dalam sekelip mata, ambil masa sekurang-kurangnya 27 hari untuk regenarate.
Biar lambat asal selamat, ada juga yang ambil masa 2 hingga 4 bulan bergantung pada masalah kulit seseorang.
Cara digunakan mudah sekali. Pastikan roll di wajah, bukannya seret alat berkenaan. Alat ini juga tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
Ingat, nak cantik tak boleh malas.
Di sini kalau nak dapatkan dermaroller.
Ini jawapannya kalau nak tahu selamat atau tidak.
Dah setahun guna dermaroller ini tapi sebulan sekali sebab masalah kulit kusam. Dermaroller juga tak rosakkan muka.
Guna sebulan sekali dan amal rutin penjagaan kulit wajah harian seperti biasa.
Senang nak gunakan alat ini, buat di rumah sendiri tak sampai 30 minit.
Sesuai untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.
Yang ada masalah jerawat pula boleh guna alat ini.