Tentunya anda pernah diserang sakit kepala dan lebih teruk lagi apabila diserang migrain. Berbeza dengan sakit kepala, migrain biasanya lebih berat dan ia boleh menyerang berulang kali di tempat-tempat tertentu. Menyarung hijab daripada fabrik yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan migrain kerana faktor cuaca di Malaysia yang sering berubah.

“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak kena siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau pain killer?”

Memang susah nak buat apa-apa bila diserang migrain mahupun sakit kepala. Salah satu penyelesaian termudah adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Namun, tak semestinya ia berkesan bagi setiap orang. Ada juga yang tak selesa mengambil ubat kerana sedang mengandung dan sebagainya.

Hijabista ingin kongsikan petua yang cukup mudah. Mari ikuti perkongsian Puan Hanisah Noordin ini.

Ads

Petua Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Tanpa Pain Killer

Hijab Dari Fabrik Yang Tak Sesuai Punca Sering Diserang Migrain, Amalkan Petua Ini. Tanpa Makan Ubat!

Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan salah satu petua yang biasa kami suami isteri gunakan sebagai ‘ubat’ sakit kepala. Buat pengetahuan semua, suami saya memang kerap diserang migrain. Kadang-kadang sampai ambil Panadol pun tak ‘jalan’. – Puan Hanisah Noordin

Ads

Tapi, sejak menggunakan 3 bahan ini, suami dah lama tak ambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Dengan izin Allah, ia memang berkesan. Sekarang, di rumah kami sekarang tak ada lagi stok Panadol atau ubat hospital.

Ads

Bahan-bahan:

Hijab Dari Fabrik Yang Tak Sesuai Punca Sering Diserang Migrain, Amalkan Petua Ini. Tanpa Makan Ubat!
Bahan-bahan
  • Air suam
  • Cuka epal organik
  • Madu asli

Cara-cara:

  1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)
  2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.
  3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

INFO TAMBAHAN:

  • Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.
  • Kalau nak beri kepada kanak-kanak, boleh kurangkan sukatan cuka epal daripada 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil. Sukatan madu tetap sama. Menurut LiveStrong dan MomJunction, cuka epal juga selamat untuk ibu mengandung. Tapi pastikan ianya telah dipasteur dan disimpan pada suhu yang sepatutnya.
  • Apapun, jika simptom masih berterusan, sila dapatkan rawatan susulan. Kalau ada yang was-was, boleh rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih pakar.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI