Kebiasaannya, garam hanya digunakan dalam masakan sahaja. Rupa-rupanya, tanpa kita sedari, garam juga punya manfaat yang besar untuk mendapatkan kulit yang halus dan mulus. Malah garam mudah didapati di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan kos yang besar.
Manfaat Garam Untuk Kecantikan Kulit
1. Garam Dapat Mengurangkan Jerawat Pada Wajah
Garam bermanfaat untuk mengurangkan jerawat pada wajah. Ia disebabkan oleh kandungan potasium serta belerang yang terdapat di dalam garam. Kedua-dua bahan ini bertindak menyeimbangkan konsentrasi air di dalam kulit serta menghilangkan kotoran yang mampu membuatkan jerawat semakin parah.
Caranya mudah sahaja. Masukkan 2 hingga 3 sudu makan garam ke dalam periuk. Kemudian, tambahkan 150ml air dan panaskan campuran air dan garam tersebut. Sekiranya sudah sebati, masukkan campuran tadi ke dalam mangkuk dan wapkan muka anda selama 15 hingga 20 minit.
2. Garam Dapat Menghilangkan Parut Jerawat Pada Muka
Garam dengan kandungan mineral yang tinggi dapat membuatkan parut jerawat pada wajah menjadi semakin pudar dan memperbaiki jaringan kulit. Penggunaan garam juga mampu menganjalkan kulit.
Langkahnya mudah sahaja. Hanya panaskan air garam selama beberapa saat. Jangan sampai mendidih. Kemudian, celupkan tuala bersih ke dalam campuran air garam tersebut dan tutup muka menggunakan tuala yang sudah dicelup.
Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air sejuk. Seterusnya, urut muka anda dengan air garam serta beberapa titis minyak zaitun secara perlahan dengan gerakan memutar. Untuk hasil yang lebih baik, lakukan 2 kali seminggu.
3. Garam Mampu Mengawal Minyak Pada Muka
Manfaat seterusnya adalah mengawal minyak pada muka. Cara mengawal minyak menggunakan air garam sangat mudah. Hanya dengan wap muka menggunakan air garam setiap malam sebelum tidur atau dengan membilas muka menggunakan air garam.
4. Garam Bertindak Sebagai Detoks Wajah
Khasiat garam untuk muka adalah sebagai detoks muka dengan baik. Caranya cukup ringkas. Pertama, campurkan 2 hingga 3 sudu besar garam ke dalam air yang suam. Basuh muka dengan air garam tersebut dan biarkan selama 10 minit atau kurang.
Muka akan terasa lebih segar kerana kotoran sudah hilang. Untuk wajah yang lebih anjal dan berseri, lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Wajah akan bebas jerawat kerana sudah dibersihkan secara mendalam.
SUMBER: hariangadis.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI