Isyarat tangan finger cross sudah lama kita gunakan sebagai tanda berjanji atau untuk menjamin sesuatu perkara yang baik. Namun, ada yang mempertikaikan ia menyerupai salib dan boleh terpesong akidah!
Hal ini telah menjadi perbualan hangat di sosial media apabila ada yang mulai menyoal hand gesture ini sangat sangsi apabila di lihat. Tambahan lagi, namanya pula finger cross membuatkan lagi orang ramai tertanya-tanya.
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
, ia hanyalah semata-mata sekadar pemudah cara komunikasi atau isyarat tangan. Tidaklah seseorang itu menggunakannya sebagai tanda untuk memesong akidah.Artikel berkaitan: Wanita Yang Buka Aurat Bakal Dihukum Sehingga Mendidih Otak? Ketahui Status Hadis ini
Kebanyakan orang yang menggunakan isyarat ini di Malaysia pula hanya sekadar untuk memberitahu perkara baik dan berjanji atas sesuatu benda. Isyarat ini juga sebenarnya berbentuk V yang membawa maksud keamanan (peace).
Sudah tentu terdapat hukum dalam melakukan setiap perkara. Isyarat tangan pula merupakan hukum harus di mana kaedah fiqh yang menyebut:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah terdapat dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).[1]
Ketika era awal dan pertengahan, agama Kristian sering menggunakan isyarat ini untuk memohon kebaikan. Menurut Larry Ray Palmer, namun tiada bukti kukuh untuk menguatkan fakta ini.
Ada juga teori yang menjelaskan isyarat ini sering digunakan oleh penganut agama Kristian untuk menyembunyikan identiti agama mereka. Ia juga menjadi syarat bagi mereka kenali satu sama lain mengikut isyarat tangan itu.
Artikel berkaitan: Bergurau Sakan Sampai Sembunyi Barang Orang Lain, Ada Hukum Buat Demikian
Jadi jelas disini, kegunaan finger cross ini bukanlah suatu amalan buat penganut agama Kristian malah ia lebih kepada isyarat rahsia.
Jika ia menjadi satu kejanggalan dan agak bercanggah dengan adat kebiasaan buat masyarakat tempatan, seeloknya dihindarkan. Imam al-Ghazali menukilkan melalui karyanya ihya’ ‘Ulum al-Din
yag menyebut dalam sebuha hadis:أَنْ يَتَّقِيَ مَوَاضِعَ التُّهَمِ
Maksudnya: Hendaklah berhati-hati dengan ruang-ruang tohmahan.[6]
Isyarat finger cross ini boleh sahaja dilakukan dan ia adalah suatu pemudah cara dalam komunikasi. Jika membawa maksud untuk mengharapkan tuah yang baik, seeloknya tidak diikuti.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan