Siapa Sangka Bedak Bayi Hilangkan Bunyi Berdecit Pada Kasut & Guna Deodoran Elak Melecet. Semak 6 Lagi TRIK Lain!

Share

Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang hijabi adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.

Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian

yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.

#1. BALUT KASUT GETAH DENGAN FABRIK

Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.

#2. ISIKAN BEDAK BAYI

Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit

. Solusi terbaik dan cukup pantas!
Bedak bayi untuk elak bunyi berdecit.

#3. PANASKAN DENGAN PENGERING RAMBUT

Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.

Pengering rambut juga ada gunanya.

#4. SAPU GEL DEODORAN

Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.

Sapu deodoran untuk elak melecet.

#5. LETAKKAN UNCANG TEH

Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.

Uncang teh atasi masalah bau hapak.

#6. KERTAS PASIR

Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.

Kegunaan kertas pasir untuk elak jatuh.

Artikel Lain: 8 Trik Untuk Atasi Masalah Remeh Dalam Berfesyen

Published by
SH