Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang hijabi adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.
Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.
#1. BALUT KASUT GETAH DENGAN FABRIK
Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.
Ads
#2. ISIKAN BEDAK BAYI
Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit. Solusi terbaik dan cukup pantas!
Ads
Bedak bayi untuk elak bunyi berdecit.
#3. PANASKAN DENGAN PENGERING RAMBUT
Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.
Pengering rambut juga ada gunanya.
#4. SAPU GEL DEODORAN
Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.
Ads
Sapu deodoran untuk elak melecet.
#5. LETAKKAN UNCANG TEH
Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.
Uncang teh atasi masalah bau hapak.
#6. KERTAS PASIR
Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.
Setelah seminggu kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, barulah bersedia untuk mendedahkan wajah sebenar di media sosial. Anak kedua ini juga merupakan adik kepada kanak-kanak yang diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Posting terbaru dimuat turun oleh ibunya, Siti Safuraa memperkenalkan secara rasmi adik Sophea ini yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Baby Amira yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat di Karolinska Universitetssjukhusef Huddinge dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Sebaik muat turut posting dengan gambar Amiraa, bayi dan ibunya dihujani ucapan tahniah dari follower di laman instagram. Ramai menyampaikan salam kepada baby Amiraa dan juga kakaknya Sophea yang terlebih dahulu mencetus viral.
Sebelum ini kelahiran Sophea mencetus viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia hasil cinta istikharah dua benua, antara ibunya yang berasal dari Terengganu, Malaysia dan bapanya yang merupakan warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sopheaa memang menjadi perhatian di seluruh dunia kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis, setiap kali di muat turut foto melalui laman instagram milik ibunya yang kini berjumlah 212K.
Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stress. Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan tetap seperti sebelumnya. Dalam hal ini Datuk Dr Hamid Arshat melalui satu postingnya turut menyenaraikan mengapa seseorang yang mengalami tahap obesiti gagal kurangkan berat badan.
Beliau turut memberikan solusi paling sesuai untuk menurunkan berat badan berlebihan ini. Dan salah satunya diingatkan agar berfikiran positif dan ubat tabiat pemakanan.
Jadi admin nak pesan jika mahu kurus tanpa mengambil sebarang pil atau pembedahan, boleh ikut cara disaran Dr Hamid Arshat yang dijamin selamat dan berkesan.
OBESITY . MENGAPA GAGAL KURANGKAN BERAT BADAN?
1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN.
Memang benar kegemokkan menyebabkan berbagai penyakit. Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran.Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telor tak matang, kemandulan dan gangguan haid.Bila hamil, risiko gugur premature Labour, bayi mati dalam perut, bayi juga meningkat
2. DENIAL.
Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat mereka makan berlebihan. ‘Denial syndrome’. Hanya makanan berlebihan sahaja yg menyebabkan seseorang gemok, khususnya makanan lebih gula dan karbohaidret.Seboleh2 mereka cuba menyorokkan, saperti makan seorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.
3. CATIT CITA2 DAN SASARAN.
Semua orang ada cita2 dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa. Catitkan cita2 kita dan sinaraikan sasaran2 dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan2 untuk capai sasaran.Kali ini cita2 kita nak KURUS BADAN.
4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN.
LAKUKAN EXERCISE 30 MINIT SETIAP HARI.Dua tindakan sangat penting dan berkesan untuk kurus.
5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN
Mithalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilogramme setiap bulan.Sasaran terakhir nak kurang berat 20 kg.Pantau setiap hari, minggu dan bulan.Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat.“Saya bolih buat“Berulang2 kali sampai ia masuk dalam ‘subconscious minds’
6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE.
Hilangkan denial syndrome.Katakan pada diri sendiri,“Aku bolih hamil bila kurus” “Aku lebih cantik bila kurus““Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak.” Ulang2 setiap waktu bila lapang.Tengok gambar2 wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenong dan bayangkan diri kita begitu.Saloma ada kata “Tiru macam saya”
7. UBAH TABIAT MAKAN.
Ambil sedikit makan. Pakai pinggan kecil.Jangan tambah sajian.Konyah lama2, 20 kali konyah bagi setiap suapan.Makanan selingan (tea dan coffee breaks), makan buah badam, kismis atau korma. Minum green tea.Mulakan dengan buah2 sebelum makan lunch dan dinner.
8. BERDOA AGAR CITA2 DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. Aamin
Kata orang jika seseorang itu dilahirkan cantik selain kurniaan dari Tuhan, juga melihat dari sudut keturunan. Dalam erti kata lain kecantikan wajah mereka adalah kerana mewarisi ketampanan si ayah atau kecantikan ibu mereka. Seperti beberapa selebriti kita yang dilahirkan cantik dan santun seperti Wany Hasrita atau Mira Filzah.
Ayuh kita lihat beberapa selebriti dan juga personaliti yang mewarisi ayah atau ibu mereka sendiri. Bukan sahaja cantik, tetapi mereka ini juga bijak dan santun orangnya hasil didikan keluarga mereka.
Malah mereka juga tidak segan untuk muat turun di laman instagram bersama insan cukup istimewa ini sambil meluahkan kata-kata penghargaan memiliki ibu/ayah tersayang.
Maklumlah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ada yang seiras dan ada juga yang kelihatan seperti seorang adik dan kakak.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.