Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang hijabi adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.
Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.
#1. BALUT KASUT GETAH DENGAN FABRIK
Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.
#2. ISIKAN BEDAK BAYI
Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit. Solusi terbaik dan cukup pantas!
#3. PANASKAN DENGAN PENGERING RAMBUT
Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.
#4. SAPU GEL DEODORAN
Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.
#5. LETAKKAN UNCANG TEH
Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.
#6. KERTAS PASIR
Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.
Artikel Lain: 8 Trik Untuk Atasi Masalah Remeh Dalam Berfesyen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilangnya Sebutir Bintang Dunia Kewartawanan, Datuk Abdul Jalil Ali Kembali Ke Rahmatullah
Beliau umpama permata yang sering menyinar di arena dunia kewartawanan. Pagi ini, seisi karyawan dikejutkan dengan pemergian insan yang cukup sebati dalam gelanggang kewartawanan tanahair.
Perginya Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali ke negara abadi begitu mengejutkan. Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Melalui akaun facebook anak lelaki beliau, Haikal Jalil, turut mengesahkan bahawa bapanya meninggal dunia 6.32 pagi ini.
Memetik temubual wartawan Sinar Harian bersama balu Allahyarham, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan di kediaman keluarga mereka di Bandar Sunway, perkataan terakhir yang disebut Allahyarham ialah ‘Allah.’ Sungguh manis pengakhiran beliau, bibirnya mengungkap perkataan ‘Allah’ di hujung nafasnya. (Minit 4:32)
Temuramah bersama balu Penasihat Editorial Sinar Harian, Allahyarham Datuk Abd Jalil Ali, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan di kediaman keluarga mereka di Bandar Sunway, hari ini.
Posted by Sinar Harian on Friday, 7 August 2020
Datuk Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
DATUK ABDUL JALIL ALI DALAM KENANGAN
Datuk Abdul Jalil Ali dilahirkan pada 28 Februari 1954. Allahyarham berasal dari kampung Sungai Jaya, Bukit Gambir, Muar, Johor. Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Allahyarham bukan sahaja memegang jawatan sebagai Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian malah Allahyarham juga seorang wartawan dan juga novelis.
Datuk Abdul Jalil Ali dalam kenangan
Datuk Abdul Jalil Ali dalam kenanganBerita penuh di https://bit.ly/2PD0kFfhttps://bit.ly/2PCjOcUMuzik: www.bensound.comUntuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linkin.bio/sinarharian
Posted by Sinar Harian on Saturday, 8 August 2020
Dalam kesibukan tugas hariannya yang tidak pernah surut, Allahyarham masih sempat lagi menumpahkan coretannya sebagai kolumnis/penulis tetap untuk majalah Keluarga (Kolum Wanita Di Mata Lelaki) dan Pesona Pengantin (Bunga Rampai).
KARYA: Novel, cerpen, drama radio, skripTV dan filem.
ANTARA KARYA HASIL PENULISAN BELIAU: Dari Menara KL dan novel Emylia Zulaikha. Selain itu antara buku-buku penulisan beliau yang diingati sehingga kini antaranya ialah Asam Garam Gula & Kopi, Cendol Pulit Santan Lebih, Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis dan Asam Pedas Sirap Bandung.
.
NAMA SAMARAN: Allahyarham juga menggunakan berbagai nama samaran antaranya Boonlert Pratchai, Jasnilara, Abdjal S.E, Ila Lilaj dan Mimi Hamidah.
PENGALAMAN: Setelah tamat SPM pada wal 70-an, Allahyarham mula menceburi dunia persuratkhabaran sebagai pemberita pelatih di Jalan Chan Show Lin. Beliau kemudiannya menamatkan perkhidmatan dari Utusan Melayu dan meneruskan tugas kewartawanan di beberapa syarikat penerbitan akhbar dan majalah di Kuala Lumpur.
Dari pemberita pelatih, kerjayanya meningkat menjadi wartawan kanan,penolong editir, editor kanan dan ketua editor.
Walaupun mengambil jurusan Sains Politik ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, bidang kewartawanan terus menjadi pilihan beliau.
Allahyarham mula menyertai Kumpulan Karangkraf pada 1991 dan akhirnya memegang jawatan sebagai Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian. Beliau juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.
Apa yang pasti, penulisan beliau yang begitu dekat di hati pembaca tentunya dirindui. Hanya hasil karya beliau sebelum-sebelum ini jadi sejarah untuk dikenang.
Semoga Allahyarham Datuk Abdul Jalil Ali ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber kredit: Sinar Harian Twitter Hussamuddin Yaacub dan Facebook Haikal Jalil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolak Produk Pemutih Atau Anti Penuaan, Lindungi Dahulu Wajah Dengan Sunscreen Paling Laris Di Drugstore
Tidak dinafikan ramai di kalangan kita yang lebih rajin mencari produk pemutih atau anti penuaan untuk cantikkan wajah. Malah mudah terpengaruh untuk membelinya setelah mendengar pelbagai promosi yang dilakukan pelbagai jenama termasuk yang timbang kilo.
Namun sebenarnya dalam cuaca panas begini, selain pelembap, pemakaian sunscreen juga perlu bagi memastikan kulit sentiasa dilindungi dari panahan sinaran matahari.
Walau bagaimanapun lambakan produk ini menyebabkan kita keliru untuk memilih label mana paling bagus. Perkongsian wanita ini yang memberitahu jenama sunscreen dari farmasi atau drugstore yang sangat popular dan dicari oleh wanita di Malaysia.
” kenapa wanita Malaysia ramai tak pakai sunscreen tapi at the same time sibuk cari brightening and anti aging products? “
Jawapan kakak manis #SUNSCREEN adalah The Best anti aging product dan berkesan elakkan kulit gelap setiap hari !
Adik kekakak dah mulakan rutin skincare pakai sunscreen ke belum ?
Nahhh antara sunscreen terpemes yang rakyat Malaysia guna .
nota kakak manis : Conclusion dia kalau ualls tak pakai sunscreen tak perlu la pakai anti aging/brightening products. Membazir duit je . Belum pakai cepat mulakan hari ni. Better late than never kan.
Ini antara jenama produk paling dicari:
1. Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Sunblock ini walaupun harganya mampu milik tetapi ianya sangat berkesan untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV dan dapat menghilangkan cela seperti bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Produk ini merupakan sunblock kalis air (waterproof) dan kekal lama walaupun anda sedang berpeluh.
2. HADA LABO: Air Aqua UV Fresh
Hada Labo Air Aqua UV Fresh sunscreen ini tidak mengandungi alkohol dan fragrance. Malah teskturnya juga ringan dan tidak melekit. Ia menawarkan 5 UV defense system untuk perlindungan menyeluruh daripada spektrum UVA dan UVB. Sunscreen ini juga dapat mencerahkan dan menyekatakan tona kulit yang tidak sekata.
3. SUNPLAY: Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel SPF50 PA++
Paling menarik sunscreen adalah ianya ultra-light weightless. Ciri itu membuatkan pemakai tampil natural dengan kondisi kulit yang sihat dan segar. Sunscreen ini mengandungi Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit untuk tempoh yang lebih lama. Iajuga mengandungi Arbutin untuk mencerahkan kulit daripada noda hitam. Haa, yang ini confirm kulit tak kusam dah.4. BIORE: UV Perfect Milk SPF 50/Pa++++
Sunscreen yang ini boleh digunakan sebagai make-up base sebab ia tak melekit dan tidak memberi kesan residu putih yang ketara. Tesktur cecairnya seperti serum. Dekat twitter, ramai kata yang ini best untuk oily skin.
5. BIO ESSENCE: Bio Water Hydrating Sunscreen SPF 50+
Pilihan lain bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif. Sifatnya yang water-based membuatkan ia sangat mudah menyerap ke dalam kulit. Tidak melekit dan kurang berminyak. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, sunscreen ini telah diuji oleh pakar dematologi dan selamat untuk oily and sensitive skin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidayah Datang Ketika Berusia 12 Tahun, Kelvin Zahri Jawab Soalan Warganet Berhubung Agama Anutan Dia
Siapa sahaja tidak mengenalinya, jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan popular ini, sering kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.
Sering menjawab soalan warganet tentang latihan kecergasan, tetapi berbeza kali ini. Beliau turut menjawab persoalan yang diajukan warganet baru-baru ini, berhubung agama anutannya.
Kelvin Zahri lebih terbuka menjawab soalan itu, malah dia turut mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf. Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Senaman Mudah Dari Coach Kevin Zahri Untuk Elak Lengan Menggeleber.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.
Hidayah datang ketika..
Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun, hidayah datang segalanya berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ternyata hidayah itu milik ALLAH.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.
“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.
Peringkat awal memang sukar
Cukup dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia, Kelvin Zahri mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.
Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan menyokong dan mengucapkan dan memuji Tindakan beliau menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peminatnya.
-“Suka sgt cara u @Kevin Zahri ..sgt2 details dan calmness dlm menerangkn sesuatu wlopon soalan tu agak sensitif.. .🥰🥰
– “Sporting betul la dia ni. Orang tanya soalan apa pon dia jawab ja”
-“ Alhamdulillah, saya suka sikap coach yg sgt berterus terang & sentiasa menjawab apa jua soalan, semoga sentiasa berjaya di dunia & akhirat, aamiin…”
-“ bro you just got a new follower.. good explanation and positive content”
Ramai juga yang mendoakan Kelvin:
-“ Semoga abg Kevin sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa Istiqamah. Menjadi contoh yang baik buat kaum muslimin 💚.”
-“ Alhamdulillah Coach. Semoga Allah sentiasa merahmati coach.”
-“ Alhamdulillah. Respect cara tuan menjawab dan mengangkat ayah tuan dgn baik… semoga Allah beri hidayah berterusan kepada tuan sekeluarga. Amin.”
Terdahulu Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: TikTok Kevin Zahri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI