Khas untuk para hijabi yang rajin mencuci dan mengemas rumah, trik ini untuk anda! Kali ini team Hijabista ingin kongsikan kepada anda rahsia kebaikan penggunaan cuka dan juga serbuk soda untuk mencuci rumah anda!

Guna Cuka Dan Serbuk Soda Dah Boleh Buat Rumah Bersih Dan Berkilat! Inilah Trik Yang Wajib Tahu!
Sumber gambar: Kaboompics

Ha! Kos yang tidak mahal dan mudah untuk dilakukan semestinya menjadikan proses mengemas rumah lebih senang,cepat dan jimat! Nak tahu apa kelebihan cuka dan serbuk soda pada proses mencuci dan juga mengemas rumah? Jom baca!

Guna Cuka Dan Serbuk Soda Dah Boleh Buat Rumah Bersih Dan Berkilat! Inilah Trik Yang Wajib Tahu!
Sumber gambar: Kaboompics
  1. Sinki tahan karat & bersih berkilat

Bahagian sinki seringkali mudah untuk kelihatan kotor dan harus rajin mencucinya! Walaupun banyak produk yang dijual di pasaran, tetapi semuanya tidak tahan lama! Cukup beberaoa hari, sinki sudah mula kekuningan dan kotor! Jika mahu sinki kelihatan bersih berkilat boleh ikuti cara ini:

  • Basahkan sinki dengan air dan tuangkan baking soda ke dalam sinki, kemudian gosok sinki.

ATAU

  • Basahkan tisu yang sudah dituangkan dengan sedikit cuka dan biarkan selama 20 minit. Tengok hasilnya selepas itu.

2. Pembersih bilik air bebas bahan kimia

Keburukan yang anda pada produk pembersih yang dijual di pasaran ialah ia boleh menyebabkan permukaan pada kawasan yang dicuci itu kekuningan dan mudah reput. Kadang-kala ia juga tidak baik untuk tubuh badan kita saat kita membaunya! Jadi, lupakan tentang produk kimia yang ada di pasaran. Mari kita cuba cucian baking soda untuk kegunaan yang lebih selamat.

Ads

Bahan-Bahan

2⁄3 cawan baking soda
½ cawan sabun cecair pencuci pakaian
½ cawan air
2 sudu teh cuka
Botol pembersih

Cara-Cara: Campurkan baking soda dan cecair cucian pakaian ke dalam botol pembersih, kemudian air dan cuka. Goncang untuk mencampurkannya. Sebelum guna, goncang botol terlebih dahulu.

Cara Bersihkan: Jiruskan air pada tempat kotor dan gosok menggunakan span hingga kotoran hilang dan bersihkan dengan air.

Ads
Guna Cuka Dan Serbuk Soda Dah Boleh Buat Rumah Bersih Dan Berkilat! Inilah Trik Yang Wajib Tahu!
Sumber gambar: stylishprofessionalmom

3. Membersihkan karpet

Alamak! Tertumpah air pada karpat? Usah risau! Gunakan sahaja bahan cuka untuk menghilangkannya! Caranya, gosok lembut kawasan karpet yang mengandungi kotoran dengan campuran 2 sudu teh garam dan setengah cawan cuka. Biarkan kering kemudian vakum.

Guna Cuka Dan Serbuk Soda Dah Boleh Buat Rumah Bersih Dan Berkilat! Inilah Trik Yang Wajib Tahu!
Sumber gambar: Kaboompics

4. Baju bertambah bersih dan hilang kotoran!

Ramai yang was-was tentang tahap kebersihan apabila mesin basuh mencuci baju dengan menggunakan cecair pembersih baju. Nak tambah produk tambahan di laur, risau baju akan reput atau warnanya akan pudar kerana bahan kimia yang sangat kuat. Jadi, apa kata anda tambahkan setengah cawan baking soda dalam pencuci pakaian dapat membantu membuatkan baju lebih putih dan warna jadi lebih terang.

Ads

5. Pembersih peti sejuk.

Hanya guna campuraan air dan cuka bagi membersihkan keseluruhan peti sejuk ialah cara yang lebih selamat. Bagi mengelakkan pertumbuhan kulat, cuci dinding dan hadapan peti sejuk dengan cuka yang sudah dituangkan pada kain. Bagi memberikan kesan lebih segar dalam peti sejuk, boleh letak baking soda dalam peti sejuk.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Guna Cuka Dan Serbuk Soda Dah Boleh Buat Rumah Bersih Dan Berkilat! Inilah Trik Yang Wajib Tahu!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI