Seronok bila tengok orang kulit putih muka merah-merah bila panas kan? Comel je persis artis Korea. Sudah la, golongan K-poppers ini memiliki ‘glass skin’ lebih memukau apabila kulit mereka pinkish dan berseri.
Tapi tahukah hijabi, selain melaburkan wang ringgit membeli produk kecantikan bagi mendapatkan hasil kulit yang berseri dan pinkish ini. Anda juga boleh melakukanya dirumah secara semulajadi! Malah, ianya lebih selamat dan bebas dari anasir-anasir yang boleh merosakkan kulit anda.
Justeru, Hijabista berkongsikan semula tips yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan khas untuk hijabi yang sayangkan kulit wajah anda, kerana tips ini menggunakan bahan semulajadi.
Cara Membuat ‘Penyegar’ Semulajadi Agar Kulit ‘Pinkish’ Dan Berseri!
Cara untuk menyediakan penyegar ini juga cukup mudah sekali. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan yang tersedia dirumah sahaja.
Selain membuatkan kulit kelihatan ‘pinkish’ semulajadi, antara kebaikan lain penyegar ini, adalah membuatkan kulit lebih licin dan mulus.
Malah, kulit anda juga akan berasa segar dan sentiasa lembap, memudarkan parut bekas jerawat mahupun jeragat. Paling best adalah penyegar ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif!
Bahan-Bahan:
1. 1/3 timun
2. 1/8 sengkuang
3. 1/4 ubi bit
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan tanpa air atau boleh sagat mahupun tumbuk menjadi halus
2. Perah dan ambil airnya sahaja
3. Simpan dalam peti sejuk
4. Sebaiknya letak dalam botol semburan
Cara Penggunaan:
1. Pastikan anda mencuci wajah dengan bersih terlebih dahulu sebelum anda mneyembur atau menyapu penyegar ini ke wajah.
2. Seterusnya, selepas menyembur digalakkan untuk melakukan sedikit urutan pada wajah agar dapat membantu cecair penyegar untuk meresap sepenuhnya ke dalam kulit
3. Amalkan 2-3 kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan maksima
Artikel berkaitan: Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!
Sekadar info, penggunaan ubi bit dapat membantu mencegah masalah pigmentasi di samping memudarkan parut kerana bahan ini diperkaya dengan vitamin C.
Sumber zat besi, fosforus dan protein yang terkandung di dalamnya juga akan membuatkan kulit menjadi sihat ala ‘pinkish’ apabila selalu diamalkan.
Manakala, timun pun kaya dengan antioxida dan merupakan ejen pelembap terbaik pada kulit di samping khasiat sengkuang yang sarat dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K dan vitamin B1.
Selain, itu penyegar semulajadi ini juga bebas digunapakai oleh seluruh ahli keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Sarifa Redzuan
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI