Selalunya kita hanya menjaga wajah pada waktu siang sebelum keluar bekerja. Pada sebelah malam wajah akan dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa rawatan. Tetapi sebenarnya malam juga waktu terbaik untuk membuat rawatan wajah yang simple seperti krim malam. Ia juga boleh mengelakkan wajah kedut dan kekal awet muda.
Perkongsian dari wanita ini di laman sosial facebook, Hamidah Hassan ini boleh kita cuba untuk membuat sendiri krim malam yang sesuai dipakai untuk kulit berjeragat dan kulit tidak sekata. Malah hasilnya juga akan menyebabkan kulit wajah kemerah-merahan. Tidak payah buang duit beli kerana anda boleh membuatnya sendiri menggunakan bahan alami
.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan di sini selain mendapatkan buku & majalah serendah RM1. Lebih istimewa kali ini diadakan di tempat berhawa dingin dan PARKING KERETA SECARA PERCUMA disediakan. Bermula Jumaat ini.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup mudah untuk didapati dan cara membuatnya juga agak senang. Apa yang penting anda perlu berdisiplin dan pemakaian secara konsisten akan menyebabkan kulit menjadi flawless dan glowing.
Bahan-bahan:
½ batang lobak – diparut, diperah & diambil airnya
6 sudu besar susu powder
1 sudu kecil air mawar
3 biji vitamin E
Cara membuatnya:
Campurkan semua ramuan hingga sebati. Letak dalam peti sejuk dan keluarkan bila diperlukan sahaja.
Menggunakan krim malam tidak harus menunggu pada usia yang lewat, malah boleh dijadikan amalan pemakaiannya sejak usia 20-an lagi. Pemakaiannya secara konsisten ini boleh menjadikan kulit wajah anda selalu tampak muda dan sihat
. Dan juga turut memberikan kesihatan pada kulit.Banyak sekali manfaat dari penggunaan krim malam dan pastinya anda juga tidak mahu kelihatan tua sebelum usianya.
Artikel Berkaitan: Kekal Awet Muda Cara Islam
SUMBER: VIA KELUARGATILLJANNAH.COM