Sebagai manusia biasa, pengambilan gula harian itu sudah menjadi kebiasaan kerana gula terdapat di dalam makanan atau minuman. Jadi tidak asing lagi gula di dalam badan kita ini. Betul atau tidak, bukan mudah untuk anda mengawal godaan daripada makanan yang bergula dan manis ini.
Ramai doktor mengatakan bahawa lebihan gula putih di dalam badan akan menjejaskan sistem tubuh manusia. Seperti yang kita ketahui gula di dalam pengambilan harian pasti ada. Ini termasuklah dalam masakan. Melalui perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar tentang kesan pengambilan gula putih yang berlebihan di dalam tubuh badan kita.
Dr. Rizal menjelaskan bahawa pengambilan gula putih memerlukan sejumlah air yang besar untuk anda buang dari sistem badan. Tambahan pula buat mereka yang mengalami masalah paras gula yang tinggi. Anggota badan kita lah yang membantu untuk gula berlebihan keluar. Selalunya lebihan gula dikeluarkan melalui air kencing.
Artikel Berkaitan: Ops! Wajah Mula Breakout, Ini 9 Tanda Tubuh Badan Anda Terlebih Pengambilan Gula
Selain itu, pengambilan gula yang berlebihan sangat memberikan tekanan kepada pankreas dan hati anda. Jadi, dengan gula yang berlebihan ia akan menyebabkan pankreas perlu kerja overtime! Apabila terlampau banyak gula akan menyebabkan ‘Insulin resistance’. Di bawah ini merupakan kesan gula putih yang berlebihan di dalam tubuh badan anda:
Kolagen pada kulit anda juga boleh terjejas. Gula putih akan merosakkan kolagen pada kulit anda. Jadi, anda akan kelihatan menua dengan cepat. Malah, ia akan membuatkan parut and sukar untuk hilang, kedut mengedut dan kulit tampak tua kusam. Selain daripada itu, memori otak menjadi lemah. Kesannya, akan membuatkan anda sukar untuk ingat informasi. Otak anda juga menjadi kucar kacir kerana memori lemah.
Menurut Dr. Rizal, paras gula yang tinggi di dalam darah juga akan membuatkan penapis buah pinggang anda sempit dan tersumbat. Tanpa darah yang cukup, buah pinggang anda akan sakit dan merana. Ini akan menjurus kepada sistem tapis buah pinggang rosak. Akibatnya, anda perlu ke pusat homeodialisis lah!
Sakit jantung juga merupakan kesan utama. Seperti yang anda tahu jantung merupakan enjin utama di dalam badan. Jika berlebihan, ia akan mengeraskan pembuluh darah dan ia akan menyebabkan strok jantung berlaku. Selain itu, sendi anda mudah inflammation. Ia akan menyebabkan anda senang sakit urat dan sakit sendi. Jadi hati-hatilah ya!
Artikel Berkaitan: Diet Tak Menjadi! Rupa-rupanya ‘Tertipu’ Dengan Makanan & Minuman Yang Kononnya Tak Ada Gula
Menurut doktor, proses untuk gula putih ini memerlukan 4 pankreas. Setiap manusia dikurniakan hanya 1 sahaja pankreas. Anda bayangkan jika anda mengambil gula yang lebih. Maka, pankreas akan bekerja sangat keras. Oleh itu, cermin balik gaya pemakanan anda. Makan yang manis itu boleh tapi perlulah berpada-pada. Jangan tidak ambil benda manis pula kerana nanti akan memudaratkan sistem badan juga. Badan anda juga memerlukan gula untuk sel-sel di dalam badan mempunyai tenaga. Imbangi la sumber pemakanan anda. Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar / SirapLimau.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.